Alahan pada bahagian tertentu kulit sehingga menyebabkan merah, kering, bersisik dan gatal merupakan penyakit ekzema yang kebiasaanya berlaku kepada bayi atau kanak-kanak. Pesakit ekzema atau atopic dermatititis (kulit) akan diberi ubat jenis krim untuk disapu pada bahagian gatal.
Selain ubat, sakit anak juga boleh dikurangkan dengan menjaga pemakanan seharian. Seperti yang dikongsi Mohd Yazid Ismail, isterinya cuba eat clean dan jauhi makanan bergula. Dia juga turut banyakkan memakan ubi keledek dan pisang.
Mula naik masa umur 2 bulan
Alhamdulillah eczema Saeed dah sembuh selepas lebih setahun menderita. Mula naik eczema masa umur 2 bulan.
Kami jumpa ramai doktor pakar kulit. Macam-macam ubat dah cuba. Sanggup habis banyak duit untuk Saeed.
Gambar ke2 dan ke3 tu masa eczema paling teruk. Berlaku selepas kami ambil keputusan untuk hentikan ubat steroid secara beransur-ansur.
Ubat steroid yang kami dapat dari doktor pakar, mula-mula berkesan untuk buatkan kulit Saeed halus mulus, tapi lama-lama makin kurang effect. Kena tambah kekuatan steroid tu baru berkesan balik. Ubat steroid memang ada banyak level.
Ekzema sembuh bila jaga pemakanan
Isteri saya Widyana Ali ada terbaca kisah pengidap eczema dewasa yang dah guna ubat steroid dalam tempoh masa yang lama, hingga steroid paling tinggi. Kemudian doktor cakap eczemanya dah tak boleh sembuh. Tapi dia tak putus asa, dia berhenti steroid dan guna kaedah pemakanan. Alhamdulillah sembuh.
Bila baca kisah orang sembuh eczema dengan jaga pemakanan, Widyana bertekad untuk guna kaedah yang sama. Banyak artikel-artikel pemakanan yang dia baca, sangat banyak.
Walaupun dia jumpa banyak “mazhab” pemakanan tapi dia fokus dengan satu mazhab. Bacalah sendiri ye di fb dia pasal cara pemakanan yang diamalkan. Widyana banyak share, hampir setiap hari.
Saya tak pandai nak explain detail pasal mazhab pemakanan dia. Tapi yang utama dia dan Saeed jauhi makanan dan minuman bergula, dan banyakkan makan ubi keledek dan pisang.
Ubi keledek kalau nak yang sedap kena beli kat kiosk ubi keledek bakar di AEON. Manis dan juicy. Honey sweet potato, kena cari yang ada perkataan honey, bukan “sweet potato” je.
Makin lama makin okay
Pasal pisang pula, walaupun ramai bagitau tak elok untuk penghidap eczema sebab histamin tinggi dan boleh menyebabkan eczema makin teruk, tapi dia kata pisang bagus untuk kuatkan struktur kulit Saeed, ni saya tak faham. Memang saya nampak setiap kali bagi pisang, Saeed akan menggaru. Tapi alhamdulillah makin lama makin ok.
Walaupun sangat mencabar untuk sentiasa jaga pemakanan, tapi dia istiqamah. Berat turun dari 63kg ke 52kg. Hehe.. Tiba-tiba dapat capai impian yang dah lama terkubur iaitu nak turun berat jadi macam berat dia masa mula-mula kawin dulu, 52kg. Alhamdulillah berjaya, saya suka.
Sampai sekarang Saeed masih full breastfeed. Jadi apa yang maknya makan, Saeed terima masuk dalam perut.
Banyak hikmah yang kami dapat dari ujian eczema Saeed. Dapat banyak ilmu dan network. Dulu masa mengandung Saeed, tak begitu jaga pemakanan. Selalu makan ikan keli sangkar, sup yang banyak msg dan chocolate bar. Alasan mengidam. Sekarang dah insaf.
Alhamdulillah ‘alaa kulli haal. Terima kasih Dyana sebab sanggup bersusah payah untuk kebaikan kita sekeluarga.
Hari ke 172 eat clean
Kulitmu akan cantik anakku.
Kulitmu akan sihat anakku.
Kulitmu cantik.
Kulitmu sihat.
Anakku..
Kau akan sembuh.
– – – – – – –
Hari ini 4 Februari 2019.
Hari ke 172 eat clean di bawah program Perfect Eczema Plan (PEP) by Coach Mizhana Padzi.
Alhamdulillah Mama masih yakin dengan jalan yang dipilih. Healing eczema inside out.
Sebab eczema bukan penyakit gatal, tapi keradangan (inflammation).
Rawat eczema dari akar, cari root cause dan baikpulih usus (gut).
#realfoodheal
Sumber : Mohd Yazid Ismail