berita

Selepas Lihat Gambar Ini, Kami Takkan Makan Lagi Sate Tulang Popular Di Senawang

October 22nd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Jika dahulu sebuah restoran terkenal di Bangsar diarah tutup apabila viral video mengenai pekerja membasuh pinggan menggunakan air kotor, kini lagi satu restoran sate tulang terkenal di Senawang terima nasib yang sama. Anda lihat lah sendiri foto-foto atau keadaan tempat penyediaan sate tersebut yang dikongsi di media sosial. Memang tidak bersih dan tidak terjaga.

Kotor dan jijik

Sebuah tempat penyediaan sate tulang popular di Senawang diarahkan tutup selama 14 hari selepas didapati premis tersebut dalam keadaan kotor. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, tindakan itu di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dibuat selepas pemeriksaan dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban di permis berkenaan semalam.

Secara keseluruhan premis menyediakan makanan itu didapati tidak bersih.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, peralatan memasak kotor dan amalan pengendalian makanan tidak bersih.

Tambah Zainudin, pemeriksaan dibuat selepas tular di media sosial mengenai premis tersebut yang didapati beroperasi dalam keadaan kotor.

Kenyataan media mengenai isu tersebut

Sumber: Utusan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×