Nama pelakon tampan Korea Selatan, Jung Woo Sung sekali lagi menjadi perhatian selepas dirinya mengaku mempunyai anak luar nikah bersama model bernama Moon Ga Bi.
Terbaharu, dia dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan dua wanita lain di belakang model berkenaan.
Artikel Berkaitan: Song Joong Ki & Isteri Timang Anak Kedua!
Ada ‘scandal’ dengan dua wanita?
??? ??? ?…..
????
?10? ???? ???
?98?? ???? (???)? ???? ???….?..???? pic.twitter.com/UGvL6BP97i
— ?? (@_U_topia__) November 25, 2024
Menerusi ciapan yang dibuat seorang pengguna di aplikasi X, Woo Sung didakwa mempunyai hubungan sulit selama 10 tahun bersama seorang akauntan.
Lebih mengejutkan, akauntan yang berstatus isteri orang itu juga dikatakan sanggup bercerai dengan suaminya hanya semata mahu bersama Woo Sung.
Bukan itu sahaja, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘The King’ juga dikatakan mempunyai hubungan sulit bersama seorang wanita bukan selebriti yang baru berusia 24 tahun.
Pengguna tersebut turut memuat naik beberapa tangkap layar mesej dipercayai milik Woo Sung bersama wanita-wanita tersebut sebagai bahan bukti kepada dakwaannya itu.
Woo Sung berdiam diri
Walau bagaimanapun, pelakon berusia 51 tahun itu masih mendiamkan diri dan tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai dakwaan tersebut.
Terdahulu, Woo Sung mencuri perhatian apabila mendedahkan dirinya merupakan bapa kandung kepada anak model iaitu Moon Ga Bi.
Woo Sung juga memaklumkan sudah berjumpa dengan Ga Bi bagi berbincang mengenai anak mereka itu.
Sumber: Aplikasi X