berita

Tahniah! Song Joong Ki & Isteri Gembira Timang Putera Sulung

June 16th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Aktor terkenal yang berasal dari Korea Selatan, Song Joong Ki berkongsi berita gembira kepada para peminat mengenai dirinya yang kini telah bergelar seorang ayah selepas isterinya selamat bersalin cahaya mata sulung mereka.

Artikel Berkaitan: Song Joong-Ki & Katy Tak Kahwin Mac Depan

Artikel Berkaitan: Pegang Watak Sebagai Pembelot Korea Utara, Satu Lagi Filem Netflix dari Song Joong Ki

Artikel Berkaitan: Lepas Pengumuman Kahwin, Lee Kwang Soo & Song Joong Ki Dah Putus Kawan?

Hadiah berharga

Menerusi laporan Korean Updates, Song Joong Ki selamat menimang cahaya mata lelaki pada 14 Jun 2023 baru-baru ini.

Difahamkan, putera sulungnya itu lahir di Rom, Italy, dimana ianya merupakan kampung halaman isteri tercintanya, Katy.

Saya sangat gembira bertemu dengan isteri dan anak saya. Bayi saya seoang bayi yang sihat, Saya menjaga keluarga saya dengan hati yang bersyukur.

Tambah pelakon drama Korea ‘Descendants Of The Sun’, menimang cahaya mata merupakan hadiah yang paling berharga buat dirinya dan isteri.

Dalam pada itu, Song Joong Ki turut berterima kasih dengan sokongan daripada peminatnya yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

Sumber: KoreanUpdates

SKIP THIS AD ×