Adik kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari menyifatkan tindakan yang diambil abangnya untuk kembali rujuk dengan aktres Diana Danielle sebagai satu keputusan yang baik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Hamil’ – Diana Danielle Nafi Foto Farid Kamil Pegang Perut Beri Bayangan Sedang Berbadan Dua
Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Agak Kelakar, Tapi Saya & Farid Dalam Fasa Menyesuaikan Diri’ – Diana Danielle
‘Keputusan yang baik untuk anak’
Ketika ditemui OhBulan!, Fadzil bagaimanapun berkata, selepas Farid dan Diana bersama semula, dia belum berkesempatan untuk bertemu mereka. Namun, tetap mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
Alhamdullillah dia buat keputusan yang bagus untuk dia dan masa depan anak-anaknya. Kami mendoakan yang terbaik buatnya.
Selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengan dia tapi kita sebagai adik mendoakan supaya mereka bahagia.
Sememangnya ketika dia berhadapan dengan masalah itu, saya bersama dengan dia dalam tiga hingga empat bulan sebab saya tahu dia seorang, bila orang yang ada masalah ini berseorangan, takut dia buat benda merepek jadi saya lepak dengan dia dalam tiga hingga empat bulan itu.
Bila dia buat keputusan untuk pulang ke pangkuan isterinya, ia baik untuk dia. Tapi kali terakhir kami berjumpa adalah pada hujung Ogos lalu.
Fadzil berkata demikikan ketika ditemui pada majlis pelancaran produk minuman iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC, pada Jumaat.
Dalam masa sama, suami kepada pelakon Yana Samsuddin itu berkata dia tidak berasa ralat atas keputusan yang dibuat oleh Farid meskipun sudah meluangkan masa selama empat bulan ketika aktor itu diuji dengan masalah.
Saya jalankan tanggungjawab sebagai adik, dan ibu bapa pun harapkan saya sebab saya buat bisnes jadi masa yang saya boleh aturkan, sebab adik beradik saya yang lain semuanya doktor. Jadi mereka terikat dengan kerja.
Jadi kalau nak kata ralat atau tidak, tidaklah sebab dalam tempoh saya temankan dia, saya okay sahaja.
Keputusan atas diri dia, sebagai adik saya sudah menasihatkan apa yang patut dibuat dan ia berbalik pada pilihan dia sebab dia yang melayari rumah tangganya. Kita doakan keputusan itu baik buatnya.
Terdahulu, Farid mengesahkan dia dan Diana telah kembali rujuk semula pada 31 Ogos lalu selepas 21 hari berpisah.
Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.