berita

Selepas Teruk Didera Keluarga Mentua, ‘Gigi Rongak’ Jadi Alasan Wanita Ini Diceraikan Suami

November 1st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kebahagiaan dalam rumah tangga mereka. Bagaimanapun, tidak semua orang bernasib baik dan mampu mengecapi kebahagiaan itu sehingga akhirnya menjadikan penceraian sebagai langkah terakhir untuk memutuskan hubungan yang telah sekian lama dibina.

Malang buat seorang wanita di Hyderabad ini apabila dia telah diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga disebabkan alasan yang boleh dianggap tidak masuk akal.

Sering diganggu keluarga mentua

Menerusi portal Deccan Chronicle, Rukhsana Begum dilapor telah diceraikan suaminya hanya kerana dia memiliki gigi yang rongak.

Bukan itu sahaja, Begum turut mendakwa suaminya, Mustafa dan keluarga mentuanya sering mengganggu dirinya selain turut mendesak agar wang hantaran perkahwinan ditambah. Pasangan itu baru sahaja berkahwin pada 27 Jun tahun ini.

Sejak dari hari perkahwinan kami lagi keluarga Mustafa meminta bermacam-macam perkara dan keluarga saya hanya menurut.

Selepas perkahwinan kami, suami saya dan keluarga mentua paksa saya bawa lebih banyak emas dan wang dari rumah saya. Malah motosikal adik saya pun diambilnya.

Didera mentua

Menurut wanita itu lagi, keluarga mentuanya juga sering mendera dirinya bahkan turut mengurungnya di rumah mereka selama 10 ke 15 hari.

Mereka selalu mendera saya dan akhirnya Mustafa berkata dia tak suka saya disebabkan gigi saya yang rongak dan dia tak mahu lagi hidup dengan saya.

Keluarga mentua mengurung saya di dalam rumah mereka selama 10 ke 15 hari.

Konon nak berbaik tapi diceraikan pula

Cerita Begum, dia hanya dihantar ke rumah keluarganya apabila jatuh sakit dan seterusnya diceraikan oleh suaminya tidak lama kemudian.

Saya failkan aduan kepada pihak polis terhadap keluarga mentua saya dan Mustafa bersetuju untuk berbaik. Mereka kata mereka akan mengambil saya semula ke rumah mereka.

Namun pada 1 Oktober, Mustafa datang ke rumah saya dan maklumkan tidak akan membawa saya pulang. Sebaliknya dia hina ibu bapa saya dan menuturkan talak tiga.

Menurut pihak polis, kes terhadap Mustafa dan keluarganya difailkan pada 31 Oktober setelah aduan dibuat Begum pada 26 Oktober.

Sumber: Deccan Chronicle

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×