berita

Selepas Teruk Dihentam, Fynn Jamal Nekad ‘Resign’ Beri Bantuan

July 7th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Fynn Jamal antara selebriti yang sering melontarkan pendapat peribadinya di laman media sosial. Dia juga selalu diajukan soalan-soalan berkaitan soal agama dan isu semasa dari pengikut. Bagaimanapun, pendapatnya sering kali diperbahaskan ramai pihak sehingga pernah trending di laman sosial.

Terbaru, Fynn Jamal menerusi Instagram miliknya mengambil keputusan untuk berhenti untuk memberi sebarang bantuan berbentuk sokongan kepada mana-mana individu.

Tutup semua jenis shelter

 

View this post on Instagram

 

latest baby yang lahir dari kes masa PKP tuari. yang aku terpaksa buat announcement kat ig tu haha. ingat tak lagi? . minggu ni lahirnya. . subhanallah secomel2 anak. putih melepak. sihat gadang. haha. mmg rezeki famili yg dpt dia. biomom pun baarakallah amat2 baik budi bicara. . settle semua. . i have been meaning to write my resignation from this all. tapi tak tau lah. mcm banyak sgt dipikirkan. kejap nak berenti. kejap tak jadi. haha. tapi tu lah tu. insyaallah. dah sedia dah ni. . bismillahirrahmaanirrahim. . alhamdulillah hari ini aku menemui kekuatan utk decide penutupan segala jenis shelter, bantuan motivasi dan kewangan utk semua kes2 yang biasa aku uruskan; . dari kes pregnancy luar nikah, urusan cari keluarga utk baby org susah, rape cases haruan, date rape segala apa jua— hari ini aku benar2 cuci tangan. . of course, dgn apa yg riuh di mana2, i take full responsibility dan malas dah nak panjang2kan lagi. aku kenal diri aku. the very reason yg buat aku emosi adalah kerana aku terlalu peduli. dan insyaallah. dgn berlepas tangan begini— aku tidak perlu lagi memikirkan apa yg bukan hak aku pun utk fikirkan. . jaga diri, anak2. jaga solat. . kalau tak mau mati dlm baju begitu— jgn pakai. kalau tak mau mati dlm keadaan begitu— jgn buat. . ok? kita tak bertanggungjawab pada pilihan2 salah org. tp kita kena jawab kenapa kita pilih apa kita pilih. . inilah hadiah terbesar ???? bagi pada aku. ujian ini benar2 memberi ruang pada aku utk ambil this grand exit. tanpanya— susah weh. haha. been doing this sebelum kawen sampai dah ada anak dua. dah hilang jumlah dah berapa email dan mesej yg aku dulukan dan belakangkan suami sendiri. . dialah hero sebenar dlm cerita ini. meminjamkan isterinya utk sesuatu yg tak perlu pun sebenarnya. :) . never my fight. i know. but i cant help it. . semua org boleh tulis komen panjang2. aku— ???? bagi rezeki, masa, duit dan peluang utk buat. . terima kasih, anak2, for understanding. kelemahan aku adalah terlalu keras. maafkanlah kalau ada ruangnya. . semoga sudi utk nampak 2 sisi aku ini: . garang sebelum jadi, lembut ketika bantu. . allahummahdi qaumin, fa innahum laa ya’lamuun. . it has been an honour to be your mom. ;)

A post shared by ???? ???? (@fynnjamal) on

Terdahulu, kenyataan Fynn Jamal mengenai isu rogol melibatkan wanita menjadi pertikaian ramai pihak sehingga penyanyi ini terima kecaman netizen.

Menerusi posting yang ditulis Fynn Jamal, dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada melibatkan diri dari segala bentuk sokongan atau bantuan pengikutnya. Seperti mana yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Aku temui kekuatan

Baginya, itu merupakan keputusan yang terbaik tanpa perlu memikirkan masalah sosial yang berlaku disekelilingnya. Dia hanya menfokuskan kepada keutamaan keluarga sahaja.

I have been meaning to write my resignation from this all. Tapi tak tau lah. Macam banyak sangat difikirkan. Kejap nak berhenti. Kejap tak jadi. Insyaallah. Dah sedia dah ni. Bismillahirrahmaanirrahim.

Alhamdulillah hari ini aku menemui kekuatan untuk decide penutupan segala jenis shelter, bantuan motivasi dan kewangan untuk semua kes-kes yang biasa aku uruskan.

Sumber: Fynn Jamal

SKIP THIS AD ×