Pelawak Vicha Barbie memberitahu dia selamat menjalani pembedahan bariatrik, semalam.
Artikel Berkaitan: Rumah Rasa Sunyi Sepi, Vicha Terpaksa Berpisah Dengan Anak-Anak
Artikel Berkaitan: ‘Thank You Daddy, Sayang Anak-Anak I Macam Anak Sendiri’ – Vicha
Selesai sudah
Menerusi sebuah posting di Instagram, Vicha berkata, dia bersyukur kerana semuanya sudah selesai. Ujar Vicha, ini merupakan kali kedua dia melakukan pembedahan tersebut selepas tujuh tahun melakukannya.
Alhamdulillah, selesai sudah saya melakukan pembedahan bariatrik dengan Doktor Gafoor selepas berfikir panjang.
Apa lagi, ini kali kedua saya buat selepas kali pertama pada tujuh tahun lalu. Jujur, yang kedua ini agak takut pada awalnya.
Tapi, bila dah berbincang dengan doktor dan dia menjalankan pemeriksaan keseluruhan dan doktor maklumkan, boleh teruskan, jadi saya beranikan diri untuk kesihatan.
Berbicara lebih lanjut, Vicha berharap pembedahan ini dapat memberikan kesan yang positif terhadap kesihatannya.
Alhamdulillah, terima kasih semuanya dipermudahkan Allah SWT. Semoga selepas ini, bertambah sihat dan hilang sesak nafasnya. Amin.
Sumber: Vicha