berita

Selesai Kes Aishah, Penyanyi Seberang, Firman Pula Ragui Subang Hadiah Vida

July 18th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Kes hadiah rantai berlian palsu penyanyi Aishah dan Datuk Seri Vida (DSV) akhirnya selesai apabila DSV akur menyerahkan barang kemas bernilai RM80,000 yang dipilih Aishah sebelum diserahkan melalui peguamnya di sebuah kedai emas di Bangsar.

Susulan isu itu, penyanyi Indonesia, Firman selaku pemenang tempat kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pula mula meragui ketulenan hadiah miliknya.

Tak ada sijil subang

Menurut Firman kepada Harian Metro, dia mula mencurigai ketulenan subang berlian dihadiahkan DSV setelah mengikuti perkembangan kes Aishah menerusi laman sosial. Dia kemudiannya ke sebuah kedai barangan kemas di Bandung untuk meneliti ketulenan hadiah tersebut.

Sekitar Mac tahun lalu, saya ajak isteri ke pusat beli-belah di Bandung. Kebetulan ternampak kedai emas dan tergerak hati untuk pergi bertanya nilai barangan itu jika ingin dijual.

Apabila saya menunjukkan subang itu, perkara pertama ditanya pekerja kedai emas adalah sijil subang berlian itu. Saya beritahu tak ada sebab ia adalah hadiah daripada pertandingan nyanyian. Disebabkan itu, mereka tidak boleh periksa.

Vida tak balas Whatsapp

Ujarnya lagi, dia tertengok berita di saluran Youtube mengenai tuntutan penyanyi Janji Manismu itu dan mula ragu-ragu dengan hadiah diberikan.

Semalam, saya menonton di YouTube yang mana Aishah dapat ganti rugi. Itu menguatkan lagi keyakinan saya mengatakan subang berlian yang diberikan pada saya juga palsu.

Firman yang popular dengan lagu Kehilangan kemudian menghantar mesej melalui Whatsapp kepada Vida namun tidak berbalas.

Saya terus menghantar mesej WhatsApp kepada Vida bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini, namun tidak berbalas. Tapi, saya takkan berhenti dan tetap akan berjuang seperti mana dilakukan Aishah.

Saya juga merancang untuk pergi periksa sekali lagi. Sekiranya, betul palsu, saya akan membuat tuntutan, sebab ia adalah hak kita.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×