Sebelum ini, usahawan terkenal iaitu Iqbal Zulkefli menyatakan pendiriannya untuk menguruskan badan bagi mengatasi masalah obesiti yang dialaminya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Cukup BMI, Doktor Saran Telan Belon Air – ‘Netizen Nasihat Ikut Gaya Hidup Khairul Aming’
Selesai jalani proses kurus
Terbaharu, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan bahawa dirinya baru sahaja selesai menjalani proses menguruskan badan bersama seorang doktor di sebuah hospital menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG) Story.
Menurut Iqbal dia sudah tidak menyentuh sebarang makanan termasuklah sekeping roti selepas tiga hari menjalani proses tersebut setakat semalam (Rabu).
Tambah pelantun lagu ‘Hujan’ itu lagi, dia juga hanya minum segelas air sepanjang tiga hari tersebut.
Dalam pada itu, ahli perniagaan berusia 30 tahun memberitahu dia juga tidak boleh menjamah sebarang makanan malah kerap mengalami muntah.
Saya perlu banyak bersabar menahan lapar selama sembilan hari dan langsung tidak boleh sentuh makanan.
Setiap 10 minit sekali saya perlu minum air sikit-sikit sahaja. Sejak program kurus dilakukan, saya muntah sangat kerap.
Terdahulu, Iqbal mendedahkan antara tujuan dia mahu menguruskan badan adalah untuk menjaga kesihatan diri serta ingin kelihatan kurus terutama sekali di mata para wanita.
Iqbal juga sanggup melabur wang ringgit yang banyak demi menampung kos perubatan itu.
Sumber: Instagram