berita

Sembunyi Sapu 12 Trofi Anugerah Profima 2013

October 30th, 2013 | by Ai
Kini Trending

861079_459414120799149_1134974082_o

Anugerah Profima 2013 yang diadakan pada 27 Oktober lepas telah menyaksikan filem Sembunyi hasil kerjasama Grand Brilliance dan Filmscape Sdn Bhd mencipta rekod kemenangan paling banyak pada malam itu.

Filem seram yang berlatar belakangkan zaman penjajahan Jepun itu berjaya merangkul 12 anugerah daripada 23 kategori anugerah filem yang dipertandingkan.

Antara anugerah yang dimenangi Sembunyi ialah Penyunting Filem Terbaik, Pengarah Seni Terbaik, Kontinuiti Terbaik, Jurusolek Terbaik, Audio Terbaik, Key Grip Terbaik, Focus Puller Terbaik, Gaffer Terbaik, Prop Master Terbaik, Penyunting Trailer Terbaik dan Anugerah Filem Terbaik.

Untuk makluman anda, Sembunyi merupakan filem seram pertama arahan Khabir Bhatia yang mana pengarah tersohor itu turut menerima Anugerah Pengarah Terbaik.

Selain daripada itu, Grand Brilliance juga merangkul beberapa lagi anugerah menerusi tiga filem lain seperti Penanggal, Istanbul Aku Datang dan KIL.

Screen Shot 2013-10-30 at 13.18.03

Menurut Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin, kejayaan yang dikecapi oleh hampir kebanyakan filem-filem keluarannya pada malam tersebut merupakan penghargaan besar buat syarikat produksinya.

Kemenangan besar yang dikecapi oleh Sembunyi, Penanggal, Istanbul Aku Datang dan KIL di malam Anugerah Profima 2013 merupakan satu kejutan yang amat menggembirakan bagi kami.

Kami amat bersyukur kerana diberi pengiktirafan yang begitu berharga dan ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada professional-professional di belakang tabir yang telah menjadi tulang belakang kepada filem-filem kami.

Untuk makluman anda, Anugerah Profima dianjurkan oleh Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) bertujuan untuk memberi penghormatan kepada warga produksi yang menjana industri filem dan televisyen tempatan.

Kredit foto: Instagram Grand Brilliance

SKIP THIS AD ×