Pelantun suara ‘Rawan’ Azharina Azhar dilihat berjaya membawakan lagu ‘Ayah’ nyanyian asal Rinto Harahap dengan baik sekali ketika konsert All Stars Gegar Vaganza, minggu kedua, semalam.
Bukan itu sahaja, para penonton di MBSA dan di rumah turut mengalirkan air mata sebaik sahaja ‘Queen Of Soul’ ini membuka mulut!
Artikel Berkaitan: Pembantu Peribadi Jumpa Ular Depan Rumah, Azharina Fikir Positif
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azharina Dedah Muntah Darah Bersama Segumpal Rambut Sehari Sebelum Final GV3
Artikel Berkaitan: Azharina Sudah Serah 213 Senarai Lagu Untuk GV – ‘Semua Saya Boleh Nyanyi’
Berjaya buat ramai menangis
Ketika ditemu bual oleh OhBulan! setelah selesai konsert, Azharina berkata lagu tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri buat dirinya memandangkan dia dibesarkan oleh dua orang datuknya yang sudah dianggap sebagai bapanya sendiri.
Lebih menyedihkan penyanyi asal dari Sabah itu memberitahu dia turut kehilangan salah seorang datuknya yang meninggal dunia ketika dia baru berusia tujuh tahun.
Disoal mengenai bagaimana boleh kawal emosi ketika melakukan persembahan, Azharina berkata dia sudah menyimpan perasaan tersebut hampir seminggu.
Saya simpan seminggu perasaan itu. Menangis dan saya cakap seorang diri. Lagu ini berat. Kalau dengar mungkin mudah. Setiap bait lirik, perkataan dan gerak tubuh perlu ada caranya tersendiri. Kehilangan bukan suatu perkara yang mudah. Nak control pitching memang susah sebab sedih.
Menyanyi untuk diri sendiri senang, menyanyi untuk orang itu susah. Kita kena sampaikan apa yang hendak diberikan dengan baik.
Terdahulu, nyanyian Azharina berjaya menyentuh hati pengacara Nabil Ahmad yang turut tidak dapat menahan air mata kerana terkenangkan Allahyarham bapanya. Juri tetap, Hetty Koes Endang ketika memberi komen pada persembahan Azharina turut menangis dan memuji cara nyanyian yang disampaikan Azharina.
Bukan itu sahaja, Hetty turut mengimbau saat dia tidak dapat bertemu bapanya untuk kali terakhir ketika itu dia menetap di Kuala Lumpur dan sedang hamil anak ketiga.
Menyanyi untuk diri sendiri memang mudah tetapi kamu berjaya buat penonton dan juri tersentuh hati. Terus terang sewaktu saya hamilkan anak saya, pada malam Jumaat foto ibu bapa saya jatuh.
Saya terus telefon dia dan dia kata dia rindukan saya. Dia mahu saya pulang ke Indonesia tapi ketika saya mahu pulang saya tidak sempat bertemu dengannya kerana dia ‘pergi’ terlebih dahulu.