berita

Azharina Sudah Serah 213 Senarai Lagu Untuk GV – ‘Semua Saya Boleh Nyanyi’

September 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Azharina

Penyanyi Azharina mendedahkan dia sudah menyerahkan sebanyak 213 senarai lagu kepada pihak produksi untuk dinyanyikan di pentas All Stars Gegar Vaganza.

Artikel Berkaitan: ‘Terkucil Itu Perkara Biasa, Mungkin Kesan Covid 3 Kali’ – Siti Nordiana

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azharina Dedah Muntah Darah Bersama Segumpal Rambut Sehari Sebelum Final GV3

213 lagu

Azharina

Ketika ditemui OhBulan!, Azharina berkata pada awalnya dia hampir menyenaraikan sebanyak 250 lagu, namun telah ditapis.

Malah, jelas Azharina, semua 213 lagu tersebut dia mampu untuk menyanyikannya.

Jujur ikhlas, saya sudah lock 213 lagu. Kalau saya tidak kawal hampir cecah 250 lagu yang saya ingin berikan kepada pihak produksi.

Itu pun selepas ditapis dan tolak beberapa lagu. Semua 213 itu semua saya boleh nyanyi.

Azharina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di DADI Cinema, pada Selasa.

Dalam masa sama, pelantun lagu Elegi Sepi akui berdebar apabila orang ramai mula meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.

Mestilah saya rasa tekanan itu ada. Sebab bila orang letak satu harapan yang tinggi pada saya, automatik saya akan pressure.

Dalam hidup sudah pasti ada naik turunnya, pada dalam pertandingan jangan sesekali rasa turun atau jatuh.

Saya bersyukur bila ada orang letakkan harapan yang tinggi, namun dalam masa sama takut juga dengan diri sendiri. Saya kena berusaha sehabis baik.

Terdahulu, Azharina antara 10 nama bintang yang diumumkan bakal beraksi di All Stars Gegar Vaganza yang bakal bermula pada 24 September ini.

Selain Azharina, turut berentap ialah Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Noryn Aziz, Aishah, Cliff Umar, Hardy Mirza, Naqiu, Aliff Aziz, Jaclyn Victor dan lima lagi nama bakal diumumkan kelak.

SKIP THIS AD ×