berita

‘Semoga Tuhan Selamatkan Lebanon’ – PM, Menteri Lebanon Letak Jawatan Selepas Letupan Beirut

August 11th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam lebih kurang 12.45 pagi waktu Malaysia, Perdana Menteri Lubnan Hassan Diab telah mengumumkan bahawa semua anggota kabinet akan mengundurkan diri. Hal ini berikutan insiden letupan di Beirut yang telah mengorbankan lebih 100 nyawa dan kira-kira 4,000 penduduk tercedera

Artikel Berkaitan :[VIDEO] Letupan Setinggi 4.5 Skala Richer, Ribuan Mangsa Cedera

Pengunduran ini juga berikutan rakyat Lubnan sendiri mendesak agar kerajaan tarik diri selepas mendakwa punca letupan ini berlaku kerana pihak kerajaan tidak dapat mentadbir dengan baik.

Undur diri

Hari ini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengundurkan diri. Semoga Tuhan menyelamatkan Lebanon, Dirgahayu Lebanon dan rakyatnya.

Hari ini kita ikut kehendak rakyat untuk bertanggungjawab terhadap bencana yang berlaku dan keinginan mereka untuk membawa perubahan.

Sebelum ini, beberapa menteri kabinet telah mengundurkan diri, termasuk Menteri Alam Sekitar, Damianos Kattar dan Menteri Penerangan, Manal Abdel Samat. Namun, insiden yang berlaku ini menyebabkan keseluruhan pemerintah meletakkan jawatan mereka.

Rakyat protes habis-habisan

Rata-rata rakyat Lubnan menyalahkan pemerintah mereka kerana membiarkan bahan letupan disimpan di pelabuhan Beirut. Tak kurang juga yang mendakwa mereka lari masalah negara yang berlaku hari ini.

Cuba fahami kedudukan kita. Tidak ada yang ingin memerintah dalam keadaan ini, apabila kita mempunyai semua masalah, keruntuhan kewangan, koronavirus, ini adalah malapetaka nasional yang sedang kita hadapi.

Oleh itu, jangan menafsirkan ini sebagai langkah untuk menghindari tanggungjawab. Kami ingin mengambil keputusan apa yang rakyat Lubnan mahukan.

Menurut laporan, ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemerintah berlaku selama bertahun-tahun lamanya. Pada 17 Oktober tahun lalu, serangan kumpulan penunjuk perasaan itu dipercayai dalam siri bantahan rakyat Lubnan berikutan tindakan kerajaan mengenakan cukai bagi penggunaan media sosial seperti WhatsApp.

Perhimpunan penunjuk perasaan itu berlangsung kira-kira tiga jam. Tentera kerajaan kemudiannya menggunakan peluru getah dan gas pemedih mata menyuraikan kira-kira 200 penunjuk perasaan yang melaungkan slogan anti kerajaan serta membakar gambar Presiden Michel Aoun. Protes ini terhenti dek kerana pandemik coronavirus melanda dunia, namun letupan di Beirut Selasa lalu merupakan salah satu senjata untuk menumbangkan kerajaan sedia ada. Malah kebanyakkan rakyat turut mendakwa pemerintah melakukan korupsi melampau dan rasuah.

Sumber : NCR, BBCFinancial Express, Berita Harian

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×