berita

Sempat Minta Maaf Sebab Buat Kekasih Cemburu, Pelajar Maut Jatuh Bangunan

March 24th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang penuntut lelaki di sebuah universiti di Melaka, maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Bukit Beruang, semalam.

Panjat tembok koridor setinggi empat kaki

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi dan penuntut berusia 20 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat enam Blok C pangsapuri 18 tingkat itu.

Siasatan awal mendapati mangsa datang untuk bertemu teman wanitanya berusia 20 tahun yang juga penuntut universiti sama di tingkat enam pangsapuri berkenaan sekitar jam 2 pagi.

Si mati datang selepas teman wanitanya itu dikatakan tidak membalas mesej dihantarnya. Mereka dikatakan bertemu di koridor sebelum si mati meminta maaf kerana membuatkan kekasihnya itu cemburu kepadanya dan wanita itu memaafkannya.

Namun ketika wanita itu masuk ke dalam rumah tiba-tiba si mati dikatakan memanjat tembok koridor itu setinggi kira-kira empat kaki.

Ujar Christopher lagi, wanita itu menyangkakan teman lelakinya hanya bergurau namun terkejut melihat dia berpaut pada tembok dengan kedua-dua kaki berada di luar.

Dia cuba menyelamatkan kekasihnya itu, namun hanya dapat mencapai sebahagian tangan si mati kerana tembok tinggi menyebabkannya terjatuh. Wanita itu kemudian segera menghubungi rakan sebilik kekasihnya untuk meminta bantuan.

Hasil siasatan pihak forensik mengesahkan tiada unsur jenayah dan khianat dalam kejadian itu.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×