berita

Sempena 12.12, AirAsia Tawar Harga Tiket Murah Cuma RM24 Pergi Balik!

December 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pada 5 Disember yang lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa semua aktiviti rentas daerah dan negeri kini dibenarkan berkuatkuasa hari ini.

Artikel berkaitan: PKPB Di Selangor Dilanjutkan Hingga 20 Disember, Rentas Daerah & Negeri Dibenarkan

Susulan daripada itu, kebanyakan individu sudah pasti membuat perancangan untuk pulang ke kampung bagi bertemu dengan keluarga tercinta. Bahkan, ada yang ingin mengambil kesempatan ini untuk bercuti. Maklumlah, dah hujung tahun kan! Sehubungan dengan itu, syarikat penerbangan AirAsia turut melakukan promosi bagi harga tiket penerbangan domestik buat korang yang ingin travel.

AirAsia 12.12

Buat pengetahuan korang, harga tiket bagi penerbangan domestik secara sehala ialah RM12 dan RM24 bagi perjalanan pergi dan balik. Namun, bagi penerbangan ke semenanjung pula, harga yang ditawarkan serendah RM158. Berikut merupakan lokasi dan harga promosi yang ditawarkan oleh AirAsia buat para penumpang yang ingin berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

KL – Penang – KL RM24
KL – Langkawi – KL RM24
KL – Johor Bahru – KL RM24
KL – Kota Bharu – KL RM24
KL – Kuala Terengganu – KL RM24
KL – Kuching – KL RM158
KL – Miri – KL RM218
KL – Sibu – KL RM258
KL – Bintulu – KL RM258
KL – Kota Kinabalu – KL RM278
KL – Sandakan – KL RM278
KL – Labuan – KL RM278
KL – Tawau – KL RM358

Tempah sekarang!

Selain berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, AirAsia turut menawarkan promosi bagi mereka yang hendak travel  dari Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Penang – Langkawi – Penang RM24
Penang – Kota Bharu – Penang RM24
Langkawi – Kota Bharu – Langkawi RM98
Langkawi – Ipoh – Langkawi RM98
Langkawi – Johor Bahru – Langkawi RM138
JB – Kota Bharu – JB RM24
JB – Ipoh – JB RM24
JB – Alor Setar – JB RM24
Kuching – Sibu – Kuching RM24
Kuching – Bintulu – Kuching RM24
Kuching – Miri – Kuching RM24
Kuching – Kota Kinabalu – Kuching RM24
KK – Sandakan – KK RM24
KK – Tawau – KK RM24
KK – Miri – KK RM24
KK – Bintuku – KK RM24
KK – Sibu – KK RM24

Buat korang yang ingin melakukan tempahan untuk tiket penerbangan promosi ini, korang belum menempah di laman web airasia.com atau di airasia mobile app. Tarikh tempahan telah dibuka sekarang sehingga 13 Disember ini. Manakala tarikh penerbangan pula sudah bermula sekarang sehingga bulan Jun tahun hadapan.

Sumber: Tiket Murah AirAsia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×