Penyanyi ‘power house’, Jaclyn Victor kembali dengan hadiah istimewa buat peminatnya sempena 20 tahun dalam industri muzik iaitu dengan melancarkan album terbaharunya, Glorious.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaclyn Victor Dakwa ‘Scammer’ Sunting Foto Bog*l Berasal Dari India – ‘Saya Masih Kumpul Bukti & Akan Buat Laporan Polis’
Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor Lancar Single Baharu Menjelang Konsert Solo, Lagu ‘Sesal Tak Bermakna’ Cenderahati Istimewa
Glorious oleh Jaclyn Victor
Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 47, meluahkan rasa syukur atas pelancaran album Glorious. Menurutnya, album ini bukan sahaja satu pencapaian peribadi, tetapi juga sebuah penghargaan buat dirinya serta para peminat yang setia menyokong perjalanan seninya selama ini.
Album Glorious diedarkan oleh Sony Music Malaysia ini dirakam sepenuhnya di Amerika Syarikat dengan kerjasama penerbit dan penulis lagu Malaysia yang berpangkalan di New York.
Glorious memuatkan sembilan lagu termasuk tujuh dalam bahasa Melayu dan dua dalam bahasa Inggeris dimana ianya sekaligus memperlihatkan sisi baharu Jaclyn dengan muzik yang lebih segar dan moden.
Album ini menawarkan pelbagai genre, dari rock bertenaga seperti ‘Inilah Saatnya’, pop kontemporari berudul ‘Lepaskan Saja’, hingga balada penuh emosi seperti ‘Sesal Tak Bermakna’ dan ‘Airmataku’. Setiap lagu membawa pendengar dalam perjalanan emosi yang mendalam, sesuai untuk peminat setia dan juga generasi baharu.
Lebih istimewa apabila lagu utama bagi album ini berjudul Glorious iaitu versi Inggeris kepada lagu ikonik Gemilang, yang selama ini menjadi simbol kejayaan Jaclyn. Susunan baharu lagu ini menggabungkan elemen moden dengan kekuatan vokalnya, namun masih mengekalkan semangat asal Gemilang.
Setiap lagu dalam album ini dihasilkan dengan teliti bagi mencerminkan kisah jatuh bangun Jaclyn dalam industri muzik tempatan. Glorious bukan sekadar album, tetapi kisah perjalanan seorang wanita yang melalui pelbagai cabaran, kehilangan, cinta, dan kepercayaan terhadap diri sendiri.
Glorious kini boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Spotify, Joox, Apple Music, dan YouTube Music. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati karya terbaharu Jaclyn Victor!