Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, menyambut ulang tahun perkahwinan kesembilan bersama isterinya Dr. Halina pada hari ini. Menerusi akaun Instagramnya, beliau telah memuat naik sekeping foto bersama isteri tercinta berserta ucapan khas. So sweet!
Happy anniversary my love
https://www.instagram.com/p/B3bDuvHHq-0/
Bersempena ulang tahun perkahwinan kesembilan, Dr Sheikh Muszaphar menceritakan semula detik perkenalan dirinya bersama isteri tercinta. Menurutnya, Dr Halina merupakan pelajarnya sewaktu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Tambahnya, pada masa itu dia sedang mencari wanita yang mempunyai pakej yang lengkap selain bijak dalam semua aspek. Beliau turut berkongsi pesanan ayahnya, jika hendak berkahwin dengan seseorang wanita, bergaulah dengan ibunya dahulu supaya sifat keperibadian wanita tersebut dapat dilihat melalui ibunya. Ternyata, sifat dan keperibadian Dr Halina sama seperti ibunya.
Terpaksa berjauhan selama 7 tahun kerana mengikuti program angkasawan, menyebabkan beliau kagum dengan kesetiaan isteri tercinta lalu mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama Dr Halina pada 10 Oktober 2010. Walaupun umurnya ketika itu sudah mencecah 38 tahun. Bersempena ulang tahun perkahwinan, Dr Sheikh Muszaphar bersyukur dikurniakan isteri dan ibu yang baik buat anak-anaknya. Beliau berharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga selamanya.
Happy space anniversary to my dearest
https://www.instagram.com/p/B3a_2N8HhZN/
Menerusi Instagram Dr Halina, dia berkongsi video perkahwinannya dengan suami tercinta. Pada masa yang sama, dia turut mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan dan selamat ulang tahun hari angkasawan buat suaminya.
Ucapan netizen
Rata-rata netizen memberikan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan tersebut. Mereka juga meluahkan perasaan kagum melihat cara didikan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dalam mendidik anak-anak.
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina