berita

Hamil 36 Minggu, Dr Halina Dimasukkan Ke Hospital Sebab Demam Denggi

July 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa isterinya, Dr Halina terpaksa ditahan di wad hospital ekoran deman denggi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Sheikh Muszaphar Pandai Jaga Anak-Anak, Netizen Cakap Bertuah Dr Halina – ‘Ayah & Suami Idaman’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dua Puteri Dr Sheikh Muszaphar Ambil Lesen ‘Scuba Diving’, Netizen Cemburu Tengok

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Miliki Ketinggian 163cm Di Usia 12 Tahun, Netizen Puji Kecantikan Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar

Demam denggi

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa mereka sekeluarga terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di hospital kerana isterinya mengalami gejala batuk yang berpanjangan dan demam panas.

Memandangkan usia kandungan Dr Halina sudah mencecah 36 minggu dan boleh bersalin pada bila-bila masa, Dr Sheikh Muszaphar berkata isterinya terpaksa ditahan di wad dan dipantau oleh doktor.

Dr Halina kurang sihat. Sejuk menggigil. Suhu 39. Batuk tidak berhenti sejak beberapa hari lalu. Dr Imelda suruh admit untuk iv antibiotik dan memantau keadaan bayi. Malam raya pula tu. Sekarang dah 36 minggu dan boleh bersalin bila-bila masa.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik sebuah video di Instagram mengenai perkembangan terkini keadaan isterinya di hospital. Ujar Dr Sheikh Muszaphar, isterinya mengalami demam denggi buat kali yang kedua.

Ini kali kedua Dr Halina kena denggi. Tak tahu dari mana dia dapat. Darah man is kot. Ibu dan anak sedang dipantau. Demam masih ada. Semoga Dr Halina kuat dan segala urusan dipermudahkan.

Video

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×