berita

Semua 28 Restoran Pelita Dah Tak Jual Rokok

January 17th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Arahan larangan merokok di premis makanan telah dikuatkuasa kerajaan bermula 1 Januari 2019 mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Rata-rata semua premis makanan telah menyahut seruan kerajaan dengan baik.

Restoran Nasi Kandar Pelita mengambil langkah drastik dan membuat keputusan untuk menghentikan jualan rokok di 28 buah cawangan seluruh negara bermula semalam.

Tidak guna menjual rokok jika…

Restoran Nasi Kandar Pelita merupakan restoran nasi kandar paling popular di Malaysia. Pemilik Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd bagaimanapun telah menghentikan penjualan rokok kaunter restoran sejak semalam lagi.

Walau bagaimanapun, menerusi satu perbincangan mereka bersama pembekal rokok bersetuju menamatkan kontrak membekal rokok di restoran nasi kandar Pelita bermula semalam.

Kami yakin langkah ini akan disokong pelanggan kerana kebanyakan mereka mahu satu kawasan bebas daripada asap rokok. Lagipun tidak guna menjual rokok kalau menghisap rokok tidak dibenarkan dalam restoran.

Menyokong hasrat kerajaan

Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk KK Sihabutheen menyifatkan pemberhentian jualan rokok di 28 buah cawangan restoran itu dibuat bermula pertengahan tahun 2020. Ini berikutan pihaknya masih mempunyai kontrak bersama pihak pembekal rokok.

Hasil jualan rokok setiap bulan adalah kira-kira RM300,000, namun saya percaya ia dapat diatasi dengan jualan makanan.

Bagaimanapun, tindakan ini adalah bagi menyokong hasrat kerajaan untuk menguatkuasakan larangan merokok di restoran dan kedai makan.

Sumber: MalaysiaKini

SKIP THIS AD ×