berita

Semua Banduan Dilayan Sama Rata, Tiada Layanan Istimewa – Jabatan Penjara Malaysia

August 24th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, telah dibawa ke Penjara Kajang, semalam.

Ekoran itu, tular beberapa hantaran yang membuat spekulasi bahawa Perdana Menteri Ke-6 itu bakal diberi layanan istimewa di balik tirai.

Tiada layanan istimewa

Menerusi satu hantaran di halaman Facebook milik Jabatan Penjara Malaysia, pihak mereka telah memohon agar warganet tidak menyebarkan maklumat sedemikian, kerana ianya tidak benar.

Dalam perkongsian tersebut, telah dilampirkan satu tangkap layar dengan maklumat palsu bertajuk ‘Penjara Untuk VIP’, siap dihias dengan perabot yang cukup selesa.

Bercakap kepada FMT, jabatan itu menafikan bahawa layanan istimewa bakal diberikan kepada bekas perdana menteri itu, dan menegaskan bahawa semua banduan akan dilayan sama rata.

Spekulasi seperti ini bukan kali pertama berlaku, malah sebelum ini pernah juga dilaporkan beberapa orang kenamaan yang kononnya dilayan seperti VIP di dalam penjara.

Sumber: FMT, Jabatan Penjara Malaysia

SKIP THIS AD ×