Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri membawa kedua anaknya, Humaira dan Umar bercuti ke Jepun selepas bercerai.
Artikel Berkaitan: Ada Je Kan Pergi Bercuti Bersama?’ – Dituduh Suka Burukkan Hafidz, Ini Respon Nurul Shuhada
Sedih lihat anak
View this post on Instagram
Terbaharu, Shuhada memuat naik foto anak perempuannya, Humaira sambil menulis kapsyen yang menyentuh hati wargamaya.
Menurut Shuhada, dia sedih melihat anaknya yang tidak dapat bercuti bersama ayah seperti mana rakan sebaya lain.
Shuhada juga memohon maaf kerana anak tunggal perempuannya itu tidak dapat merasai kehidupan keluarga yang normal seperti orang lain.
Dearest Humairah anak ibu, ibu minta maaf sayang. Ibu tahu Humairah pun nak hidup normal macam orang lain ada complete family. Terima kasih jadi kakak yang hebat untuk Umar dan jadi special partner untuk ibu.
Ibu sedih tengok Humairah tak dapat enjoy macam kids lain yang sebaya kamu dan paling ibu sedih waktu kita tengok pertunjukkan bunga api di Disneyland, semua kids sebaya Humairah duduk atas bahu ayah diorang tapi Humairah terlompat lompat nak tengok pertunjukkan tu.
Di akhir hantarannya itu, Shuhada menitipkan doa agar Humaira diberikan kebahagiaan dan menjadi anak yang solehah dalam keluarga.
Allahuakbar, luluh hati ibu sayang. Ibu doakan Humairah diberikan kebahagiaan sampai syurga Allah, semoga Humairah jadi anak solehah yang di redhai Allah.
Kepada semua wanita di luar sana, marilah jadi yang terbail dan buat anak kita gembira. Serahkan segalanya pada Allah SWT.
Sekadar info, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.