Buat julung kalinya penyanyi dan komposer dari seberang, Andmesh Kamaleng bakal mengadakan konsert di Malaysia pada 4 Jun ini bertempat di Plenary Hall, KLCC.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Larang Once Nyanyi Lagu-Lagu Dewa 19’ – Ahmad Dhani
Artikel Berkaitan: Demi Konsert Coldplay, Pemuda Sanggup Jual Peti Sejuk & Telefon Bimbit Nak Beli Tiket Paling Mahal
Konsert Andmesh
Berkongsi tentang Konsert Andmesh Kamaleng Live in Kuala Lumpur, Andmesh berkata dia bakal mempersembahkan sebanyak 15 ke 16 buah lagu dengan bertemakan cinta pada malam itu.
Saya bakal bawa lagu-lagu ciptaan saya juga, termasuk lagu ciptaan buat penyanyi Mahalini dan lagu Rossa. Itu akan menjadi sebuah kejutan kerana saya tidak pernah membawa lagu-lagu yang saya ciptakan untuk orang lain di mana-mana konsert sebelum ini.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 26 tahun ini juga berkata lagu-lagu yang ditulis adalah berkisarkan tentang kisah benar dan pengalaman sendiri.
Semua lagu yang saya buat itu berdasarkan pengalaman peribadi saya bahkan jika saya buat lagu untuk kamu, jadi saya harus tahu adakah saya turut mengalami pengalaman yang sama dengan kamu. Supaya saya boleh tahu lirik mana yang lebih tepat.
Jadi sesuatu yang dari hati mesti sampai ke hati.
Andmesh berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media konsertnya yang diadakan di The Curve, Petaling Jaya pada Rabu.
Suka makanan Malaysia
Pelantun lagu Cinta Luar Biasa itu turut berkongsi keterujaannya pertama kali berpeluang ke Malaysia kerana ia adalah salah satu impiannya sejak dari kecil.
Sejak kecil lagi saya memang teringin untuk ke Kuala Lumpur kerana pada saya orang-orang di negara ini sudah saya anggap seperti saudara saya sendiri. te
Dalam pada itu, dia sempat berkongsi tentang pengalamanya mencuba makanan di negara ini dan ternyata dia sudah jatuh cinta dengan mi goreng mamak dan teh ais.
Saya sangat sukakan mi goreng mamak dan saya siap bungkus lagi. Pada saya rasanya lengkap, manis dan rempah-rempah yang digunakan sedap sangat.
Saya awalnya saya nak pesan teh o ais tetapi saya salah pesan. Saya memesan teh ais iaitu yang ada susu, dari situ saya sebenarnya lebih suka teh ais.