Anda prefer makan sikit-sikit tapi macam-macam jenis makanan? Kalau ya, ada kafe yang sesuai untuk anda, lagi-lagi kalau jenis yang nak makan murah tapi sedap ni.
Terkenal dengan nama jolokan ‘Boat Noodle Malaysia’, kafe ini lebih menarik kerana menghidangkan citarasa Malaysia dari pelbagai pilihan nasi dan mee! Jom ushar apa lagi yang best kat kafe ni.
Menu Makanan – Murah Dan Citarasa Malaysia!
Pelbagai Pilihan Nasi Dan Mee… RM1.90 Je Semangkuk!!!
Dessert Popular!
Sekali Makan, Gerenti Botingket-Tingket!
Lokasi Strategik!
Terletak di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, sememangnya tempat ini lokasi strategik dan tumpuan orang ramai kerana berdekatan dengan universiti, kawasan perumahan dan tempat shopping. Sangat mudah untuk mencarinya, jom ke Eat & Repeat Cafe hari ini!