Umum mengetahui, pelakon Afifah Nasir telah menamatkan zaman bujangnya pada petang Ahad yang lalu. Afifah dan Hariz sah bergelar pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz.
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Sah Jadi Isteri Syed Hariz Dengan Sekali Lafaz
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Tak Sangka Jodoh Dengan Abang Kawan Baik – ‘Kami Berjumpa Di Konsert’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Baju Nikah Seksi Sampai Nampak Lurah Dada, Afifah Nasir Dikecam Teruk
Tak dapat bawa Judika
Terbaru, Afifah memberitahu segala persiapan untuk majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar. Ujar Afifah, semua impiannya tercapai kecuali mahu membawa penyanyi Indonesia iaitu Judika datang ke majlisnya tidak kesampaian.
Afifah berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah posting di akaun Instagramnya. Menerusi tangkap layar tersebut, Afifah diberitahu bahawa Judika tidak dapat hadir pada tarikh berkenaan.
Semua yang saya mahu untuk majlis perkahwinan baru-baru ini, saya dapat dengan mudah kecuali nak bawa Judika datang. Judika tak dapat datang atas beberapa sebab. Saya tak boleh kongsi di sini. Apapun dia (Judika) tetap terbaik.
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan pada Februari lalu.
Sumber: Afifah Nasir