berita

Senarai Makanan Ini Bantu Kecutkan Cyst & Fibroid Pada Rahim Wanita

November 9th, 2018 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Kaum wanita sering mengalami masalah pada rahim seperti cyst, fibroid dan endometriosis dan tidak menyedarinya sehinggalah mereka merasai sendiri kesakitan itu. Antara simptom penyakit ini ialah pendarahan yang banyak, senggugut kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim dan kencing terlalu kerap.

Menurut Dr Hamid Arshad, kongsi beberapa tips pemakanan yang betul buat pesakit mengalami masalah peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis akan pulih dengan penjagaan makanan yang betul.

Punca dari hormon estrogen

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser berpunca dari hormon estrogen yang berlebihan dalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen berlebihan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya wanita peka dengan penjagaan makanan yang betul.

Menghalang pembentukan estrogen

Berikut merupakan senarai pemakanan yang disarankan oleh Dr Hamid Arshad. Ambil makanan yang bertindak sebagai anti estrogen. Makanan-makanan ini mengandungi aromatase inhibitor yang akan menghalang pembentukan estrogen.

  1. Buah delima
  2. Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, califlour, bak choy, lobak putih
  3. Minyak zaiton
  4. Cendawan
  5. Anggur merah 
  6. Oats
  7. Teh hijau
  8. Buah-buahan citrous seperti lemon, limau nipis
  9. Kacang almond, walnut, peanuts, gajus
  10. Bawang merah

Perlu ambil suplimen

  1. Bawang merah
  2. Kunyit
  3. Spirulina, chorella
  4. Sayuran hijau seperti sawi, bayam, salad 
  5. Minyak kelapa dara
  6. Bawang putih
  7. Kucai dan saleri
  8. Berries – blueberries, black currant.
  9. Maca
  10. Fax seeds
  11. Makanan fermented – yogurt, tapai, kimchi

Selain dari senarai makanan yang dicadaangkan ini, anda juga disarankan supaya mengambil suplimen untuk mempercepatkan kesembuhan seperti vitamin C, vitamin E, kalsium, multivitamin, minyak ikan omega 3.

Sumber: Sinar, Dr Hamid

SKIP THIS AD ×