berita

Senarai Penuh 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 35!

November 3rd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Debaran makin terasa apabila senarai 30 buah lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) telah diumumkan oleh pengacara Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni.

Tampil dengan kelainan, SFMM akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula Jumaat, 20 November sehingga Ahad, 22 November. Selain itu juga, buat kali pertama ianya akan berlangsung tanpa penonton bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Nama-nama besar industri

Seperti sebelum ini, SFMM35 akan berlangsung secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Kali ini SFMM35 menyaksikan nama-nama besar industri yang bertanding seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan 2 buah lagu, Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Stacy, dan Azlan & The Typewriter.

Pasti ramai peminat sudah tidak sabar untuk melihat SFMM35 kali ini yang sememangnya sudah menjadi rancangan wajib setiap tahun. Mengangkat hasil seni komposer dan penerbit lagu, SFMM akan dibuka dengan 11 lagu pada episod 1 yang terdiri daripada:

Sembah – Naim Daniel ft Man Kidal

Canggung – Wany Hasrita

Kelabu – Yonnyboii & Azlan The Typewriter

Sebentar – Dayang Nurfaizah

Adakah Engkau Menungguku – Naim Daniel ft Tuju K-clique

I Want You To Love Me – Alif Satar

Takkan Merubah – Sufian Suhaimi & Amira Othman

Khayal – Stacy

Gundah – Ernie Zakri

Curang – Syamel

Hati – Hael Husaini

Pertembungan baru & lama

Manakala pada episod 2 juga 11 lagu akan bertanding yang terdiri daripada:

Sakit – Zynakal ft Yonnyboii

Peluang Kedua – Nabila Razali

Gila – Kaka Azraff, Noki & Loca B

Panggung – Apex Tajudin

Kau Sakiti – Amir Masdi

Tentang Rahsia – Judika & Shila Amzah

Bicara Rasa – Ariff Bahran & Sarah Suhairi

Takdir Tercipta – Hafiz Suip & Adira

7 Nasihat – Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sicta

Hutang – Floor 88

Aku Bidadari Syurgamu – Datuk Seri Siti Nurhaliza

Banyak pasangan duet

Berbeza dengan episod sebelumnya, hanya 8 lagu yang bertanding pada episod 3 yang terdiri daripada:

Hello – Ismail Izzani & Andi Bernadee

Eh – Zizi Kirana

Semalam – Aina Abdul

Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah

X Missing You – Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Tuju & Yonnyboii

Takkan Terlerai – Syamel & Ernie Zakri

Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter

Aku Kau Dan Muzik – Akim & Stacy

Lagu manakah yang bakal ke Anugerah Juara Lagu pada tahu ini? Jangan lupa gunakan #sfmm35 di laman media sosial anda sebagai tanda sokongan kepada lagu kegemaran anda. Segala maklumat lanjut jangan lupa untuk ke laman Facebook dan Instagram TV3 Malaysia.

SKIP THIS AD ×