Penampakan entiti yang dikatakan misteri ketika Ahli Parlimen mengangkat sumpah di Dewan Negara tempoh hari menjadi bualan netizen. Setelah diperiksa lanjut, rupa-rupanya lelaki berkenaan merupakan tetamu kepada Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy.
Artikel berkaitan: Penampakan Misteri Dirakam Dalam Dewan Negara?
Penularan berita berkenaan membuatkan P Waytha Moorthy terkesan dengan info tidak tepat berkenaan.
Siapa ‘hantu’ ini sebenarnya
P Waytha Moorthy meluahkan rasa sedihnya dengan penghinaan yang diterima individu yang menemaninya di Parlimen tempoh hari.
Dia dianggap seperti abang yang menghambakan diri untuk keamanan dunia yang tinggal di kawasan terpencil di pergunungan India.
Ada sebab undang untuk saksi angkat sumpah
Arunachalanandaji berada di dalam dewan untuk menyaksikan Waytha dan 4 lagi rakan mereka mengangkat sumpah sebagai senator dan menganggap undangan lelaki itu sebagai tanda hormatnya.
Saya merasakan kerana dia telah mendedikasikan lebih 30 tahun dari hidupnya untuk melihat dunia lebih aman, adalah wajar untuk mengundangnya melihat saya mengangkat sumpah.
Sumber: Free Malaysia Today