Bulan Ramadan bakal pergi meninggalkan kita dan Syawal akan menjelang dalam beberapa hari lagi. Bila berkumpul beramai-ramai dengan sanak-saudara, semestinya golongan solo atau forever alone akan menjadi sasaran soalan cepumas ‘bila nak kahwin’ akan diajukan.
Tapi jangan risau-risau atau stress lagi, ini apa yang korang boleh buat untuk meriahkan raya walaupun tidak berpasangan raya kali ini.
Konvoi raya
Kalau dah kahwin, kemungkinan untuk cukup korum mungkin agak rendah apabila masing-masing sibuk dengan komitmen dengan keluarga. Bila single, semuanya lebih mudah. Masa inilah boleh throwback kenangan lama zaman nakal sekolah sambil keliling kampung menziarah rakan taulan.
Join aktiviti area kampung
Sepanjang musim raya atau beberapa hari sebelumnya, banyak aktiviti kemasyarakatan akan diadakan sekitar kampung atau taman perumahan. Tak kiralah gotong-royong bersih kubur, mengecat masjid ataupun kenduri-kendara. Dari terperuk di rumah memikirkan nasib masih sendiri, baik join aktiviti macam ini, dapat juga bergaul dengan orang kampung dah alang-alang balik kampung tu.
Holiday masa raya, kenapa tidak?
Jika hari biasa sukar untuk mengumpulkan geng mencapai kata sepakat bercuti bersama, apa kata gunakan kesempatan musim raya untuk bercuti. Mesti ada group Whatsapp untuk plan holiday bersama tapi tergendala setiap kali tiba tarikhnya kan? Bila dah raya, gunakan sebaiknya peluang ini untuk catch up dan mengeratkan hubungan persahabatan atau kekeluargaan sesama sendiri, barulah raya kan?
Layan anak buah dan kanak-kanak
Komitmen kerja sepanjang tahun mengehadkan masa untuk diluangkan dengan anak-anak saudara atau keluarga rapat. Iyalah, bila berjauhan hanya mampu berhubung secara online sahaja mengikuti perkembangan masing-masing. Ketika raya nanti, ambil masa melayan telatah anak-anak ini, untung-untung ada bakal jodoh nampak dan terpaut dengan korang pandai melayan budak-budak, siapa je tak cair?
Boleh cuba e-jodoh!
Alang-alang ke rumah terbuka, boleh juga mencari jodoh di majlis keramaian sebegitu. Kalau korang masih malu-malu atau awkward memulakan langkah mendekati crush, cubalah secara online pula. Selain Tinder, kini Facebook pun dah ada ciri Facebook Dating, senang nak swipe right tanpa perlu berdepan. Mana tahu tahun depan raya tak lagi sendu keseorangan, tak salah mencuba, bukan?