Pihak pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) semalam meluahkan rasa kecewa mereka dengan segelintir penonton yang masih berdegil mahu merakam video di dalam panggung yang kemudiannya dimuatnaik ke laman sosial. Menurut mereka, sikap itu berisiko menyebabkan penerbit untuk tidak membenarkan tayangan filem mereka di masa depan.
Artikel berkaitan: Buat Insta Story & FB Live, Kali Ini GSC Betul-Betul Kecewa Dengan Penonton
Masih panas dengan isu hak cipta filem dan etika ketika di pawagam, penyanyi Ara Johari seolah-olah sengaja cari pasal apabila memuatnaik video di Instastorynya.
Netizen bengang Ara buat story dalam panggung
Seorang netizen melaporkan kepada pihak panggung wayang di Malaysia kerana penyanyi itu memuatnaik video pendek dalam wayang yang dipercayai filem terbaru Marvel, Avengers: Infinity War. Tidak dapat dipastikan penyanyi program realiti itu menonton di panggung mana dalam videonya itu.
Apa yang menambah kemarahan adalah Ara turut memuatnaik status berbaur cabaran dan provokasi apabila mengatakan adalah haknya untuk upload apa sahaja di akaunnya itu.Dia juga meminta pengikutnya untuk skip sahaja storynya jika tidak mahu melihat spoiler filem berkenaan.
Seronoknya kena kecam
Malahan menurut Ara, dia tahu perbuatannya itu tidak sah dilakukan, namun dia hanya memuatnaik spoiler sahaja. Pada pandangannya, spoiler dan pengharaman memuatnaik video dalam panggung tidak berkaitan.
Artis pun tak faham isu copyright
Ada juga netizen berpendapat, sebagai penyanyi, Ara seharusnya tahu berkenaan hal ini terutamanya membabitkan isu hak cipta dan karya seni.
Jangan marah movie Marvel tak masuk Malaysia
Sumber: Haneez Adilla