berita

Seniman Veteran, Datuk Aziz Sattar Masuk Hospital Akibat Serangan Jantung

May 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

image

Sekitar malam tadi, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita seniman negara, Datuk Aziz Sattar yang telah dimasukkan ke Hospital Kajang akibat sakit jantung.

Aziz Sattar telah dikejarkan ke hospital kira-kira jam 10 malam dan sehingga kini masih lagi menerima rawatan dihospital berkenaan.

Menurut Sandakiah Aziz iaitu anak bongsunya, bapanya kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan kondisinya kini dilaporkan stabil.

Aziz

Menurut laporan mStar Online, Sandakiah memberitahu bapanya hanya diserang sakit jantung biasa dan akan ditahan dalam wad untuk tempoh dua ke tiga hari lagi.

Alhamdulillah keadaannya stabil dan tidak membimbangkan. Doktor memberitahu ia hanya serangan jantung biasa sahaja.

Bagaimanapun pihak hospital masih mahu menahannya dalam masa dua ke tiga hari lagi bagi memastikan keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan pulang.

Dalam pada itu, Sandakiah turut meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan bapanya supaya segera sembuh.

SKIP THIS AD ×