berita

Sensodyne Repair & Protect Deep Repair – Bantu Masalah Gigi Sensitif

January 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Sensodyne Repair & Protect Deep Repair merupakan ubat gigi kegunaan harian yang mengandungi natrium fluorida bagi membantu menguatkan enamel dan membentuk lapisan pembaikan kukuh yang menyamai hidroksiapatit di atas bahagian dentin yang terdedah.

Repair & Protect Deep Repair baru, dengan teknologi NovaMin® ini mampu menutup liang-liang kecil pada dentin sekali gus membantu membaiki jauh ke dalam gigi dan membentuk lapisan perlindungan di sekeliling gigi.

Terbukti secara klinikal

Untuk pengetahuan korang, ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair telah terbukti secara klinikal dapat melegakan sensitiviti gigi dan memberikan perlindungan berpanjangan untuk gigi sensitif, di samping membantu menjaga kesihatan gigi dan gusi. Dengan ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair, korang boleh menikmati makanan manis kegemaran korang sepuas hati tanpa perlu bimbang akan rasa ngilu.

Utamakan penjagaan kesihatan mulut

Menurut Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia, Bryan Wong, produk itu diilhamkan daripada hasil kajian yang dijalankan oleh syarikatnya bersama Ipsos dan Asia Tenggara serta Penyelidikan Kuantitatif Taiwan.

Kajian menunjukkan bahawa setiap tujuh daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sensitiviti gigi, manakala 39 peratus penghidap menyedarinya, dan 32 peratus lagi yang mengalami simptom itu tidak menyedari keadaan sensitiviti gigi mereka.

Keputusan lain yang membimbangkan daripada kajian menunjukkan bahawa 58 peratus rakyat Malaysia mengalami kesakitan secara rawak apabila mengambil makanan atau minuman sejuk ketika mereka menggosok gigi (38 peratus) atau apabila makanan tersekat di antara gusi dan gigi palsu mereka (33 peratus).

Melalui kempen #ReclaimLifeSmallPleasures, Bryan Wong berharap dapat mendidik rakyat Malaysia untuk mengutamakan penjagaan kesihatan mulut pada peringkat individu, serta mempelajari pelbagai cara untuk mengenal pasti dan mengurus sensitiviti gigi. Ujarnya lagi, kempen tersebut akan dilancarkan secara berperingkat mulai bulan ini.

Sampel ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair boleh didapati di sehingga 1,000 klinik pergigian di seluruh negara sepanjang kempen ini. Setiap pek akan dijual pada harga RM10 di kedai utama GSK di Shopee sehingga 31 Januari. Pengguna boleh mendapatkan satu pek ubat gigi Sensodyne Repair & Protect Deep Repair di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya dan pasar raya besar.

Seorang pengguna layak menerima diskaun tambahan 10 peratus dan baucar ShopeeFood RM5 untuk perbelanjaan minimum RM35 untuk semua produk Sensodyne, tambahnya. Untuk info lanjut, korang boleh lawati sensodyne.com.my dan ikuti laman Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×