berita

Sentiasa Positif & Kekal Aktif – Ini 6 Penjagaan Kesihatan Ibu Hamil Ketika Musim Wabak!

April 13th, 2020 | by Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Bergelar ibu bapa merupakan impian bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun berikutan tercetusnya pandemik COVID-19 yang mengemparkan seluruh dunia, timbul kegusaran dalam kalangan ibu hamil tentang risiko jangkitan terhadap mereka.

Korang jangan khuatir! Ikuti saranan penjagaan kesihatan daripada pakar kesihatan untuk menjaga kesihatan korang dan juga kandungan!

1. Amalkan langkah pencegahan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Kredit Bernama

WHO telah menetapkan beberapa langkah mencegah diri dan kandungan korang daripada wabak penyakit. Penting untuk korang ikut dan amalkan langkah seperti di atas ni tau!

2. Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi

Rehat yang mencukupi sangat penting bagi ibu hamil kerana badan korang sedang membentuk satu sistem sokongan untuk bayi di dalam kandungan. Pada awal usia kehamilan, korang juga akan mudah merasa letih kerana perubahan yang berlaku kepada tubuh. Berikan diri korang waktu untuk membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku.

3. Kawal emosi dan elak berfikir secara berlebihan

Semasa mengandung, normal bagi ibu hamil untuk rasa lebih beremosi kerana perubahan hormon dalam badan. Apa yang korang boleh lakukan ialah, cuba kawal emosi dengan meluahkan perkara yang menganggu fikiran kepada pasangan korang.

Selain itu, korang juga haruslah mengelakkan diri daripada berfikir secara berlebihan terutama pada musim wabak ni. Elakkan daripada membaca perkongsian tanpa sumber yang sahih seperti di Facebook atau group Whatsapp. Barulah korang boleh sentiasa positif!

4. Jalani pemeriksaan mengikut tarikh temujanji

Selagi tiada arahan yang menghalang pergerakan keluar, korang seharusnya mendapatkan pemeriksaan kandungan mengikut tarikh temujanji. Pemeriksaan kandungan penting bagi memastikan kandungan membesar dengan sempurna dan mengelakkan sebarang komplikasi kelak.

5. Kawal pertambahan berat badan

Sewaktu hamil, pertambahan berat badan korang perlu seiring dengan tumbesaran kandungan. Ibu hamil memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan bayi.  Isikan diet korang dengan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin.

Tapi, korang kenalah dapat saranan doktor terlebih dulu tentang nutrisi yang terbaik untuk kandungan. Elakkan daripada kerap mengambil makanan yang diproses kerana mempunyai banyak perasa tambahan dan boleh menjadi punca berat badan berlebihan.

6. Ambil makanan tambahan ikut saranan

Selain mengamalkan diet berkhasiat, ibu mengandung juga disarankan untuk mengambil makananan tambahan bagi membantu perkembangan janin. Menurut Pakar Dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, ibu hamil harus berikan tumpuan ketika trimester pertama kerana waktu ini pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan cepat.

Tapi, macam mana pula dengan ibu hamil yang mengalami masalah alahan di awal kandungan? Apakah makanan yang sesuai untuk memastikan ibu dan kandungan mendapat khasiat lengkap?


Dapatkan khasiat tambahan buat diri korang dan kandungan dengan Enfamama A+!

Tak semua ibu hamil mempunyai simptom atau masalah yang sama di awal kehamilan. Tapi, semua ibu memerlukan khasiat lengkap bagi menyokong perkembangan kandungan. Susu Enfamama A+ dari Mead Johnson merupakan susu prenatal khas buat ibu yang hamil kali pertama dan juga yang telah berpengalaman.

Diperkaya dengan pelbagai nutrien sokongan seperti asid folik, Vitamin B6 dan DHA yang dipertingkatkan serta kolina yang dapat membantu perkembangan janin. Prebiotik (inulin) yang terdapat dalam susu ini juga membantu untuk mengekalkan kesihatan usus korang.

Khasiat Enfamama A+ juga dapat membantu perkembangan sihat fetus dan sangat sesuai untuk ibu yang mengandung pada trimester pertama.

Nak berikan yang terbaik untuk kandungan korang? Jom cuba sendiri Enfamama A+. Dapatkan sampel percuma korang dengan hanya mengisi borang kat bawah.

 

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×