berita

Seolah Tak Ambil Iktibar, Rakyat ‘Geram’ Menteri Nak Adakan Pilihan Raya Negeri Sarawak

October 21st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri James menerusi sebuah kenyataannya baru-baru ini bertegas negeri Sarawak akan tetap mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN) walaupun negara berdepan dengan pandemik Covid-19. Tambahnya, PRN yang bakal diadakan di Sarawak itu akan mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Bagaimanapun, rakyat kurang senang dengan kenyataan dari Tan Sri James itu dan menyifatkan dia tidak mengambil pengajaran daripada PRN Sabah yang memperlihatkan bilangan kes positif terus meningkat.

Kita tiada pilihan

Memetik laporan Astro Awani, Tan Sri James mengambil contoh beberapa buah negara luar yang tetap menjalankan pilihan raya walaupun berdepan dengan wabak berjangkit itu. Jelasnya, PRN perlu diadakan dalam masa terdekat sekiranya tidak mahu Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Covid-19 adalah satu faktor tetapi ada negara yang mengadakan pilihan raya pada tempoh pandemik ini. Antaranya Singapura, Korea Selatan dan baru-baru ini, New Zealand. Mereka mengadakan pilihan raya tanpa masalah dengan syarat SOP dipatuhi dengan ketat.

Kita tiada pilihan, jika kita tidak buat sekarang, selepas lima tahun (tempoh tamat) secara automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan.

Netizen bengang

Sementara itu, rata-rata rakyat Malaysia kurang berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Negeri itu. Malah, mereka turut menyifatkan kenyataan tersebut seolah tidak mengambil iktibar daripada peningkatan kes positif Covid-19 di Negeri Sabah, baru-baru ini.

Pengguna Twitter Hairplacemy bengang dengan kenyataan tersebut dan menganggap menteri tidak mengambil pengajaran dengan apa yang sudah berlaku di Sabah. “Masih buta ke tak nampak Sabah tu macam mana kejadiannya. Tak faham ke Agong dah kata rakyat dah muak dengan politik ni. Pindah buat rumah tengah laut sesorang please, lepas tu nak pilihan raya pun tak siapa kisah. Buta ke tak nampak rakyat dah sengsara, ekonomi teruk ni. Rakyat miskin tegar”

Manakala, Shafi Aqmal pula terkejut dengan kenyataan menteri yang disifatkannya tidak berfikir panjang demi kepentingan rakyat. “Statement bangang apakah ini? Apa Pak Menteri tak belajar lagi dari Sabah? Apakah poket Pak Menteri lagi penting dari rakyat Marhaen? Pak Menteri lupa yang rakyat dah meluat dengan perangai gila kuasa ni? Sayang Pak Menteri kurang bijak..”

Pengguna Elle_Mawar, pula bersuara agar menteri tidak mudah untuk menunding jari salahkan pekerja asing sedangkan rakyat sendiri ‘terpaksa’ keluar ke pusat mengundi. “Virus tak pernah menghalang. Anda yang membuka pintu. Jangan salahkan ‘pelesit’ masuk. Fikirlah sesekali nyawa rakyat. Jangan sampai yang damai itu menjadi perang”

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×