berita

Seorang Lagi Selebriti Berhijab – Ana Dahlia Makin Manis!

July 7th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Ana Dahlia

Alhamdulillah, sejak dua menjak ini ramai selebriti tanah air yang sudah berhijab seperti Uqasha Senrose dan Neelofa. Terbaru, khabarnya pelakon yang popular dengan filem Mantra, Ana Dahlia pun turut berhijrah.

Semalam, kami intai sikit laman Instagram milik Ana, tiba-tiba terpandang beberapa keping foto yang dikongsi jelas menunjukkan Ana kini sudahpun berhijab.

Kalau tak silap, Ana berhijrah sejak awal puasa lalu. Cantik sangat! Tak dapat dinafikan kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Ana lebih terserlah apabila sudah mengenakan hijab. 

ana dahlia

Khabarnya inilah jejaka yang berjaya menawan hati Ana. Kacak!

Kalau korang nak tahu, penghijrahan yang dilakukan oleh Ana ini turut mendapat sokongan padu daripada para peminat yang mendoakan agar pelakon itu istiqamah dalam menjalankan kewajipan tersebut.

Dalam pada itu menerusi laporan Kosmo!, kononnya Ana kini sudahpun membuat persiapan untuk bergelar isteri. Wah, baguslah begitu betul tak?

Iyalah, Ana pun pernah gagal dalam perkahwinannya sebelum ini. Jadi mungkin sudah tiba masanya Ana menamatkan zaman bujangnya kali ini.

Wah, jika benar apa yang kami dengar ini, tak lama lagi bolehlah merasa nasi minyak dari Ana Dahlia. Apapun, kami di OHBULAN! sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ana dan semoga hijrahnya kali ini akan membawa 1001 makna dalam diri.

Kepada pembaca setia kami, apa kata kita tengok dulu foto manis Ana berhijab. Jom!

SKIP THIS AD ×