berita

Seorang Sah Positif, 6 Penumpang Kereta Api Ekspress Timuran Diminta Jalani Saringan Covid-19

November 23rd, 2020 | by Aizzat
Kini Trending

Seorang individu yang menaiki kereta api Ekspress Timuran Dari Johor Bharu ke Tumpat disahkan positif Covid-19, 10 November lalu. Manakala, enam lagi penumpang kereta api itu diminta tampil menjalani ujian saringan. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, enam penumpang dari koc T6 dan memegang tiket T201152111087, T201035922381, T201078130791, T201182443886, T201176241266 dan T201193852880 dipanggil untuk tampil menjalani ujian saringan Covid-19.  

Kelantan catat 6 kes baharu

Foto: Negeri Kelantan

Semalam, Kelantan mencatat 8 kes terbaru menjadikan jumlah 93 kes aktif dalam tempoh dua minggu. Daripada jumlah kes terbaharu itu, lima kes adalah kontak rapat Kluster Kaya, manakala dua kes kontak rapat Kluster Mengketil. 

Susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selama dua minggu bermula 21 November lalu.

Sumber: Harian Metro.

SKIP THIS AD ×