berita

Separuh Badan Mayat Ditemui Tertimbus, Tangan Menjulur Keluar Dari Dalam Tanah

January 10th, 2024 | by Alia
Kini Trending

mayat 2323

Gambar sekadar hiasan

Seorang pemancing menemukan mayat lelaki yang ditanam dengan tangannya menjulur keluar dari tanah.

Artikel Berkaitan: Mayat Doktor Wanita Ditemui Bogel, Muka Ditoreh & Disumbat Dalam Beg Pakaian

Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Pakai Lesung Batu & Tikam Kepala, Mayat Separuh Bogel Diheret Ke Hutan

Mangsa didakwa telah dibunuh

tangan mayat

Foto: Poras Kalimantan

Mayat berkenaan ditemui pada 4 Januari lalu di sebuah kampung di Tanah Laut, Kalimantan Selatan di Indonesia.

Pemancing yang dikenali sebagai Awi menemui mayat tersebut dalam keadaan separuh tubuhnya tertimbus di dalam tanah kira-kira jam 2 petang.

Berdasarkan maklumat pihak polis, mayat tersebut berada tidak jauh dengan jalan utama.

Dalam perkembangan terbaru, polis berjaya memberkas dua suspek utama kes tersebut dan mendakwa mayat berkenaan merupakan mangsa pembunuhan.

Ketua Polis Daerah Tala AKBP Muhammad Junaeddy Johnny melalui Ketua Unit Siasatan Jenayah, Inspektor Satria Madangkara Syarifuddin, berkata kedua-dua suspek telah ditangkap di Blok F Desa Sebambanbaru di kawasan Daerah Kintap.

Berdasarkan pengakuan suspek, mangsa maut akibat dipukul di bahagian kepala sebelum mayatnya ditanam.

Bagaimanapun, motif pembunuhan belum diketahui dan pihak polis masih menyiasat maklumat daripada suspek.

Sumber: Poras Kalimantan, Tribun News

SKIP THIS AD ×