berita

‘Seperti Dalam Filem Aksi’- KP Johor Sahkan Lelaki Rompak Bank Bertindak Sendirian

July 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral kes rompakan di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor, melibatkan seorang lelaki yang dikatakan bertindak di atas arahan abang. Dalam kejadian tersebut, dia menahan seorang wanita sebagai tebusan sebelum ditembak mati oleh pengawal keselamatan.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Johor,Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu lelaki tersebut bertindak sendirian tanpa dipengaruhi individu lain.

Banyak sangat spekulasi dan persepsi

Beliau mengesahkan perkara itu selepas pihak polis melakukan siasatan rapi. Tambahnya, tiada faktor lain yang mempengaruhi suspek seperti dakwaan dan persepsi yang dibuat sebelum ini.

Menurut Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay  mengesahkan perkara selepas hasil siasatan rapi pihak polis. Tambahnya, tiada faktor lain yang mempengaruhi suspek seperti pelbagai dakwaan dan persepsi yang dibuat sebelum ini.

Banyak sangat spekulasi dan pelbagai persepsi serta input yang tidak benar dikaitkan dengan kes ini. Siasatan polis memang terperinci dan memang jelas suspek bertindak secara sendirian. Tidak ada pembabitan abang atau pun adik suspek, ini kerana suspek adalah anak bongsu. Ia adalah hasil siasatan menyeluruh termasuk dari kamera litar tertutup (CCTV) dan keterangan dari keluarga suspek.

Hasil siasatan menerusi CCTV mendapati cara suspek masuk ke dalam bank dan membaling beg sebelum meminta ia diisi dengan wang, seperti di dalam filem aksi.

Mengulas lebih lanjut, cara rompakan dilakukan suspek juga didapati menyamai aksi di dalam filem.

Ditembak mati oleh pengawal keselamatan

Terdahulu, suspek yang berusia 19 tahun itu ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan menggunakan ‘pump gun’ ketika cuba merompak sebuah bank di FELDA Air Tawar 5, Kota Tinggi dan menahan seorang wanita sebagai tebusan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×