berita

‘Sepi’ & ‘Nafas Cinta’ Aina Abdul Antara 12 Lagu Yang Layak Berentap Di Anugerah Juara Lagu Ke-36

January 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Debaran pentas akhir Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) kini kian memuncak apabila 12 buah lagu terbaik telah dipilih menerusi pentas separuh akhir Muzik Muzik. Keputusan finalis AJL 36 tersebut diumumkan oleh Alif Satar dan Sissy Imann sebentar tadi.

Bahang kian terasa

Umum mengetahui, 30 lagu telah layak ke pentas separuh akhir Muzik Muzik 36. Hanya 12 daripada 30 lagu tersebut layak untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu yang bakal diadakan tidak lama lagi. Berikut merupakan senarai penuh penyanyi dan lagu yang berjaya mara ke pentas berprestij AJL36.

  1. Mimpi (Haqiem Rusli)
  2. Sepi (Aina Abdul)
  3. Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul)
  4. Boneka (Ernie Zakri)
  5. Purnama (Naim Daniel)
  6. Pelukan Angkasa (Fog X Shila Amzah)
  7. Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga)
  8. Salahku (Yonny Boii)
  9. Aewo (Shiha Zikir & Noki)
  10. Lara (Haqiem Rusli, Hael Husaini & Naim Daniel)
  11. Angkara (Siti Nordiana)
  12. Cinta (Marsha Milan)

Lagu pilihan Noir : Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul)

Kesemua lagu telah diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan, Altimet dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri. Kami daripada OhBulan! ingin mengucapkan tahniah kepada semua finalis Anugerah Juara Lagu 36.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×