berita

Seram, Sedih & Menyayat Hati.. Ini Kisah Sebenar Disebalik Lagu Popular ‘Sephia’ Dari Sheila On 7

August 3rd, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

1

Siapa yang tak kenal dengan band popular Indonesia yang dahulunya pernah jadi fenomena di Malaysia. Antara lagu popular sampai sekarang jadi siulan orang ramai ialah seperti Melompat Lebih Tinggi, Berhenti Berharap, Seberapa Pantas dan Sephia.

Tapi kami pasti antara lagu-lagu yang kami senaraikan tadi lagu Sephia paling best. Lagu tu merupakan lagu ‘wajib’ bila nak pergi karaoke. Tapi tahukah anda cerita sebenar yang terjadi disebalik lagu tu? Ini terjadi kepada salah seorang dari ahli kumpulan Sheila On 7 sendiri iaitu, Eross. Rasa seram pulak kita..

Lagu ‘Sephia’ sebenarnya ditujukan untuk..

Screen Shot 2016-08-03 at 3.04.10 PM

Screen Shot 2016-08-03 at 2.42.01 PM

Menerusi di akaun Twitter yang bernama @helloluqman, walaupun lagu berjudul ‘Sephia’ ini seolah-olah menceritakan kisah bekas teman kekasih yang dah lama pergi, ia sebenarnya menceritakan kisah sebenar seorang peminat setia Sheila On 7 (SO7) yang meninggal dunia ketika perjalanan ke konsert S07.

Semuanya bermula apabila salah seorang daripada ahli kumpulan SO7, Eross telah menerima panggilan telefon dari orang yang tak dikenali di rumahnya. Orang yang menelefonnya berkata namanya Sephia. Eross terus bertanya bagaimana Sephia boleh dapat number telefon dan dari mana dia menelefon.

Seram sejuk bila baca cerita di bawah ni

Screen Shot 2016-08-03 at 2.42.19 PM

Selepas itu, Sephia terus berkata bahawa dia dapat number telefon Eross dari salah seorang peminat SO7 dan dia menelefon Eross menerusi Public Phone yang terletak di hadapan rumah Eross. Jadi Eross ambil keputusan untuk keluar rumah untuk tahu sama ada ia benar atau tidak.

Apa yang mengejutkan Eross, tiada siapa di Public Phone tu dan dia ternampak ganggang telefon itu sebaliknya tergantung. Dengan perasaan ingin tahu, Eross buat kajian terperinci mengenai nama Sephia dan akhirnya dia jumpa alamat rumah atas nama Sephia.

Sephia merupakan peminat setia Sheila On 7

Screen Shot 2016-08-03 at 2.42.27 PM

Eross ambil keputusan untuk pergi ke alamat yang dijumpainya. Sebaik sahaja sampai, dia dijemput oleh pasangan orang tua yang tinggal di sana. Eross seterusnya masuk dan bertanyakan mengenai Sephia. Eross juga bercerita tentang pengalaman ngeri yang dilaluinya kepada pasangan tua tersebut.

Setelah dengar cerita daripada Eross, pasangan itu menangis dan menjelaskan bahawa Sephia merupakan peminat setia S07 dan meninggal dunia akibat kemalangan ketika perjalanan ke konsert mereka. Selepas itu, ibu bapa Sephia membawa Eross masuk ke bilik Sephia dimana boleh dilihat biliknya penuh dengan poster SO7.

Eross pergi melawat kubur Sephia & buat lagu khas untuknya

Screen Shot 2016-08-03 at 2.42.36 PM

Ibu bapa Sephia seterusnya membawa Eross untuk melawat kubur Sephia. Eross pergi dan mendoakan agar roh Sephia tenang di sana. Oleh kerana hal tersebut, membuatkan Eross ingin menulis lirik berjudul ‘Sephia’ dan menujukan khas untuk peminat setia S07 itu.

Sumber: Twitter @lyashahira

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×