berita

Serang & Belasah Pemandu Treler, Dua Suspek Ditahan..Polis Buru Muhammad Putra Abdullah

March 28th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Dua lelaki warga tempatan yang terlibat memukul seorang pemandu treler dalam kemalangan maut mengorbankan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun di Kampung Telok Gong, baru-baru ini akhirnya berjaya ditahan polis.

Artikel Berkaitan: Murid Darjah Tiga Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Dua suspek ditahan polis

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, penahanan kedua-dua suspek yang berusia 38 tahun itu dibuat selepas pemandu treler berkenaan tampil membuat laporan polis. Menurut sumber, salah seorang daripada suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah. Seramai enam saksi turut dipanggil bagi membantu siasatan.

Polis juga giat mengesan individu yang turut terlibat berhubung kes pukul itu termasuk seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Putra Abdullah berusia 31 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 / 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat terhadap harta benda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek dan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Polis Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Terdahulu, seorang pemandu lori kontena dipukul beberapa lelaki selepas kemalangan membabitkan dua beradik dalam perjalanan pulang dari sekolah dengan membonceng motosikal bersama wanita berusia 54 tahun iaitu pengasuh yang juga jiran mereka. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir berusia 9 tahun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×