berita

Sering Buat Panggilan Tak Senonoh & Tukar Gambar Berahi, Isteri Pendakwah Selebriti Dakwa Suami Curang?

December 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, baru sahaja kecoh dengan kontroversi membabitkan juara Da’i musim kedua, Da’i Farhan yang telah berkahwin dengan dengan isteri keduanya dalam keadaan isterinya yang sedang sarat hamil. Isu membabitkan pendakwah itu sememangnya mendapat perhatian netizen kerana rata-ratanya kurang senang dengan tindakannya lebih-lebih lagi apabila sanggup menceraikan isteri pertama.

Bagaimanapun terbaru, kecoh semula kontroversi membabitkan seorang pendakwah selebriti lain apabila dia didakwa telah berlaku curang dengan isterinya selama beberapa tahun. Bahkan apa yang mengejutkan, perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya baru-baru ini.

Derita sepanjang empat tahun berkahwin

Menerusi satu temu bual eksklusif yang dibuat bersama mStar, wanita tersebut mendedahkan bahawa dia telah dicurangi oleh suaminya yang juga merupakan bekas peserta program realiti dan sudah menanggung derita sepanjang empat tahun perkahwinan.

Menurut wanita itu, suaminya juga sudah beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang bersama wanita lain namun tetap memberikan peluang kerana percaya suaminya itu mampu berubah.

Jelas wanita ini, pendedahan itu dibuat bukan untuk mengaibkan suaminya, namun untuk mengingatkan kepada masyarakat supaya tidak tertipu dengan penampilan golongan seperti ini.

Buat panggilan tak senonoh

Apa yang mengejutkan menurut wanita ini, suaminya juga sanggup membuat panggilan tidak senonoh bersama wanita lain dan ia bagaimanapun terbongkar apabila dia terjumpa rakaman video tersebut di dalam telefon bimbit milik suaminya.

Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongan sebegini.

Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya.

Bertukar gambar berahi

Selain daripada panggilan telefon tersebut, wanita ini turut mendedahkan bahawa dia juga menemukan beberapa keping gambar bekas teman wanita kepada suaminya itu yang sering dikongsikan melalui pesanan peribadi di Instagram.

Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya menerusi DM di Instagram.

Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata.

Tidak cukup dengan itu, dia memberitahu bahawa suaminya itu juga sering menghantar DM kepada gadis-gadis secara rawak untuk memulakan perbualan tidak senonoh.

Justeru kata wanita ini, dia berhasrat untuk membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya itu ekoran daripada pelbagai perkara yang telah dilaluinya.

Sumber: mStar, OhMyMedia

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×