berita

Sering Di Perli Rakan, Lelaki Ini Buktikan Badan Gempal Pun Boleh Kurus!

June 9th, 2020 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Setiap orang melalui liku kehidupan yang berbeza. Tidak semua orang dikurniakan fizikal ideal yang diimpikan mereka. Seperti pengguna Twitter ini iaitu Caden Harriss menjadikan kutukan dan cacian sebagai pembakar semangat untuk dirinya berubah ke arah lebih baik.

Daripada berbadan saiz gempal, kini dia telah memiliki bentuk badan ideal yang diimpikannya. Dia juga berkongsi beberapa tips untuk turunkan berat badan.

Tips pemakanan

Antara tips pemakanan yang dikongsinya adalah anda perlu makan ikut kuantiti sahaja. Pengambilan nasi bersaiz segenggam itu sudah memadai. Jangan menyeksa perut untuk terus menahan lapar. Banyakkan minum air putih, sukatan perlulah mengikut berat badan anda.

Bila craving minum air

Pastikan anda mengambil lauk-pauk seperti ayam, ikan, telur dan banyakkan sayur. Jangan sesekali tidak mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi sangatlah penting bagi membantu tenaga anda melakukan pekerjaan seharian. Berhenti makan selepas jam 6.00 petang tetapi kalau lapar, buah atau salad amat digalakkan.

Jika teringin nak makan sesuatu yang diidamkan, pastikan anda membawa air kosong bersama. Air kosong dapat membantu menghilangkan rasa ‘craving’ anda itu.

Buat home workout

Tidak dinafikan, pemakanan amatlah penting untuk membantu menurunkan berat badan anda. Tetapi anda juga disarankan untuk melakukan senaman. Senaman dapat membentuk otot dan membuatkan badan anda lebih cergas. Paling senang, buat saja jumping jack sebanyak 400 kali sehari atau boleh ikut senaman di Youtube saja.

Sumber: Caden Harriss

SKIP THIS AD ×