Berat badan yang ideal merupakan impian bagi setiap orang. Walau bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan berat badan idaman bukan perkara yang mudah. Halangan demi halangan membuatkan seseorang yang berniat untuk menurunkan berat badan sering terhenti di tengah jalan.
Kali ini, seorang lelaki telah berjaya membuktikan bahawa dirinya mampu menurunkan berat badan setelah beberapa kali impiannya itu gagal. Mari ikuti perkongsiannya untuk kita sama-sama peroleh berat badan ideal sebelum hari raya nanti.
Pada awalnya hanya angan-angan mat jenin
Menurut Syahmini, dia telah berazam untuk kurus sejak dari dia menuntut di pengajian tinggi pada semester ke 3. Namun azamnya itu bagai angan-angan mat jenin. Pada ketika itu dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Senyuman sinis dari orang ramai membuatkan dirinya rasa akan perlu lakukan sesuatu pada dirinya sendiri. Lalu dia bertekad untuk menurunkan berat badannya.
Rakan-rakan bantu bagi semangat
Dia turut dikelilingi rakan-rakan yang menyokong impiannya untuk kurus. Selain itu, ada di antara rakannya yang berjaya menurunkan berat badan terlebih dahulu sebelum dirinya.
6 bulan tak makan & minum manis
Amalkan kalori deficit
Makan protein banyak
Konsisten & disiplin paling penting
Kawal pengambilan nasi
Susah dulu senang kemudian
Sumber: Syahmini