berita

Sering Dipukul & Didera Isteri, Lelaki Palsukan Kematian Sendiri Siap Pakai Darah Kambing!

January 5th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang lelaki memalsukan kematiannya sendiri untuk melepaskan diri dari diseksa berulang kali oleh isterinya kerana masalah kewangan di Bihar, India. Pihak polis berjaya mendapatkan semula lelaki itu dan membenarkannya pulang dengan memberi amaran. 

Pradeep Kumar Ram, 37 tahun, hilang dari rumahnya pada malam tahun baru dan darah selubungi ke seluruh tempat tidur dan di lantai bilik tidurnya. Susulan itu, isterinya, Kumari Pratibha, 33 tahun yang merupakan seorang guru sekolah, membuat aduan polis mengenai ‘kematian’ suaminya.

Darah kambing sebagai darah ‘palsu’

Sekadar gambar hiasan

Menurut laporan yang dipetik dari Gulf News, pihak polis tempatan mulakan siasatan dan membuat pencarian menyeluruh untuk ‘mayat’ yang hilang di semua lokasi berdekatan tetapi pihak polis menemui jalan yang buntu. Namun, pihak polis menemui petunjuk utama dalam kes itu selepas berjaya menemui botol yang kosong dengan kesan darah di sekitar tempat kejadian.

Pegawai Kanan Polis Dugawati, Virendra Kumar, berkata, botol itu menimbulkan kecurigaan pihak polis kerana kesan darah di dalam botol itu sama seperti darah yang dijumpai di bilik tidurnya.

Susulan itu, pihak polis berjaya mendapatkan semula lelaki itu di Uttar Pradesh, 31 Disember lalu. Menurut pihak polis tempatan, semasa disoal siasat, lelaki itu memberitahu bahawa mentalnya terganggu oleh isterinya yang sering memukul dan menjerit kepadanya. Untuk mengelak daripada didera, lelaki itu membeli sebotol darah kambing dan tuangkan di seluruh bilik tidurnya untuk memalsukan kematiannya sebelum melarikan diri. 

Sumber: Gulf News.

 

SKIP THIS AD ×