Dalam dunia lasak, penuh cabaran dengan perubahan iklim tidak menentu, mereka yang dapat menyesuaikan diri pasti mempunyai kelebihan kritikal ke arah kelangsungan hidup.
Mengambil kira situasi ini, jenama jam tangan terkemuka daripada Swiss, Rado, mencipta enam versi baharu jam tangan menyelam Captain Cook High-Tech Ceramic Diver yang merangkumi kepelbagaian dan kekuatan tersendiri.
Lasak dan inovatif
Dilancarkan buat pertama dalam pilihan Master of Material iaitu Seramik Berteknologi Tinggi, Rado Captain Cook High Tech Ceramic ini dihasilkan daripada penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dalam sejarah Rado Captain Cook.
Kesemua evolusi terbaharu klasik awal Rado ini mempunyai ukuran diameter 43mm dan ketebalan 14.6 mm(49.8 mm lug-to-lug) , menyerlahkan lagi reka bentuk moden dan sporty. Istimewanya, model baharu ini direka khusus buat penyelam kerana jam tangan ini kalis air sehingga kedalaman 300meter.
Versi baharu Captain Cook ini mengandungi rizab kuasa 80 jam untuk memastikan pergerakan beroperasi pada 21,600vph dan 25 permata. Rizab kuasa 80 jam ini membolehkan anda menanggalkan jam tangan ini walaupun sepanjang hujung minggu tanpa menetapkannya semula. Oleh itu, anda tidak perlu mengekalkan ritual bangun setiap hari untuk menetapkan semula jam tangan anda.
Bukan itu saja, koleksi Captain Cook ini juga adalah satu rekaan inovatif di mana ia menggunakan sarung monoblok seramik berteknologi tinggi, tahan calar dan hypoallergenic. Ia juga dikuasakan oleh Rado berkaliber R734 premium yang menampilkan teknologi mekanikal Nivachron™
Teknologi mekanikal Nivachron™ dipercayai melebihi semua ujian yang telah dijalankan oleh syarikat daripada tiga hingga lima kedudukan berbeza untuk menentukan ketepatan.
Reka bentuk menarik, menawan
Bagi peminat seni, sudah pasti jam tangan ini akan memenuhi cita rasa mereka apabila tampil bersama tiga jalur warna bezel yang berbeza iaitu hitam, zaitun dan seramik dan setiap versi model dipasang dengan sisipan bezel seramik tersendiri yang condong ke dalam. Ianya turut mempunyai getah padanan warna dengan pengapit lipat keluli untuk model seramik standard dalam warna hitam dan zaitun.
Manakala, bahagian belakang bekas titanium jam tangan diukir dengan kuda laut berkembar dan dipegang pada tempatnya menggunakan skru keluli tahan karat pada mahkota jam tangan. Bukan itu sahaja, rekaan kristal nilam berbentuk kotak yang mempunyai salutan anti-reflektif, pastinya memberi pengalaman berbeza buat pemakai tampil lebih berani dan lasak.
Rado, pakar jam tangan mewah
Selain itu, Rado tetap mengekalkan seninya yang pasti memukau tangan si pemakai terutama buat penyelam melalui dail berwarna sapphire dan bekas paparan di belakang. Warna kelabu pada kawasan kristal menghalang paparan muka jam tangan daripada kelihatan terlalu sarat, sekali gus mengekalkan identiti Rado sebagai pakar dalam jam tangan mewah yang mesra pengguna.
Dengan ketelitian hasil tangan menggunakan bahan berteknologi dan seramik bermutu tinggi, jam tangan Captain Cook High-Tech Ceramic Diver akan menjadi ganjaran sewajarnya bagi mereka yang berani melangkaui dunia tanpa batas.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Rado ataupun kunjungi Butik Rado di:
- Lot 2.60.00, Pavilion Kuala Lumpur +603-2148 0011
- Lot 133B, First Floor, Suria KLCC +603-2161 8388
- Lot 170-G-KB, Gurney Plaza +604-2293 683
- Lot G19 – G20, Ground Floor, Suria Sabah +6088-214 648
Klik di sini untuk melihat koleksi jam tangan Captain Cook High-Tech Ceramic Diver Rado yang lengkap.
#RadoCaptainCookHighTechCeramicDiver #Feelit