berita

Seronoknya Boleh Tonton Raja Lawak Musim Ke-7 Di Smartphone Sendiri!

April 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Raja Lawak Musim Ke-7

Yeah! program Raja Lawak kembali lagi.

Bagi anda yang meminati program Raja Lawak, jangan ketinggalan untuk saksikan Raja Lawak musim ke-7 pada setiap hari Jumaat bermula 5 Mac 2013.

Kami faham, setiap hujung minggu pasti ramai antara anda yang gemar luangkan masa bersama orang tersayang bukan?

Biasalah sudah seminggu bekerja, malam itulah digunakan untuk melepak bersama kawan-kawan sampai lewat malam dan kadang kala sampai tak ingat nak balik rumah, terutamanya bagi mereka yang hidup bujang.

Jangan bimbang, walaupun anda duduk lepak bersama rakan-rakan di restoran ataupun mana-mana kedai mamak sekalipun, kini anda masih lagi boleh menonton siaran langsung program Raja Lawak musim ke-7 menerusi smartphone ataupun tablet.

Nak tahu bagaimana caranya? Mudah sahaja, anda hanya perlu mendaftar Astro ID secara online di www.astro.com.my dan linkkan Astro ID anda ke smartcard. Untuk keterangan lanjut mengenai proses pendaftaran, sila layari www.astroonthego.com.

Seterusnya bagi pengguna smartphone, anda perlu pergi ke Play Store dan download aplikasi Astro-On-The-Go, manakala bagi pengguna iOS sila pergi ke App Store dan download aplikasi yang serupa.

Lepas tu tunggu apa lagi? Daftar masuk di Astro-On-The-Go dengan menggunakan Astro ID anda sendiri. Bila dah ada ID dan password senang, anda boleh login sahaja aplikasi tersebut dan pergi ke ruangan Channel, untuk pilih saluran yang anda inginkan.

Jadi, kalau nak tengok Raja Lawak,  kenalah klik pada Astro Warna dan seterusnya menonton program Raja Lawak musim ke-7 secara langsung melalui smartphone atau tablet anda.

Astro On-The-Go iPhone - Welcome

Sungguh mudah bukan? Tak perlu lagi nak tergesa-gesa pulang ke rumah semata-mata nak tengok program komedi kegemaran anda kerana semuanya boleh ditonton menerusi hujung jari sahaja.

Anda bukan pelanggan Astro, tapi masih ingin menonton program Raja Lawak meusim ke 7 secara langsung? Daftar sahaja ke saluran Astro On-The-Go. Nak tahu bagaimana? Sila layari www.astroonthego.com.

Ok. Bagi anda yang terlepas menyaksikan program Raja Lawak Musim ke-7 episod pertama, minggu lalu pihak Astro telah menayangkan suasana sesi ujibakat yang telah berlangsung di beberapa buah negeri seperti di Pahang, Sabah, Johor Bharu dan Pulau Pinang.

Kalau nak tahu siapakah yang bakal berentap di gelanggang Raja Lawak Musim musim kali ini, jangan lupa untuk menontonnya secara langsung di www.astro.com.my/onthego pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam.

Berikut kami lampirkan sedikit sedutan video ujibakat yang berlangsung di Kuantan dan Johor Bharu untuk tontonan anda semua. Jom ketawa beramai-ramai.

SKIP THIS AD ×