berita

Sertai Program HouzKEY – Cara Baru & Mudah Untuk Korang Miliki Rumah Dengan Pembiayaan 100%

December 2nd, 2019 | by Epul
Sponsored Post

Zaman sekarang ni, kalau tengok harga rumah boleh pitam tau. Nak-nak waktu kegawatan ekonomi macam sekarang ni, semua benda mahal sampaikan nak kumpul duit untuk beli rumah pertama pun payah. Tapi, kalau difikirkan, sampai bila nak duduk rumah sewa kan?

Meh, admin kenalkan korang dengan pelan pemilikan rumah HouzKEY yang direka istimewa untuk korang yang berminat untuk memiliki rumah, tapi belum mampu untuk menampung kos pemilikan awal yang tinggi.

HouzKEY menawarkan hartanah yang ditawarkan pemaju hartanah terkenal di Lembah Klang, Johor & Pulau Pinang (termasuk kediaman yang baru dilancarkan, sedang atau sudah siap dibina) melalui maybank2own.com. Nak tau lebih lanjut mengenai HouzKEY? Jom admin kongsikan…

Kenapa korang perlu mohon HouzKEY?

Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai HouzKEY, admin nak kongsikan 4 sebab kenapa korang kena mohon HouzKEYConfirm lepas korang habis baca artikel ni, rasa berkobar-kobar nak daftar di maybank2own.com.

  1. Cara nak mohon HouzKEY ni sangat mudah (baca artikel ni sampai habis kalau nak tahu macam mana) dan korang cuma perlukan kos permulaan sebanyak 1% atau dalam erti kata lain 3 bulan deposit yang akan dipulangkan.
  2. Korang juga layak untuk mendapat pembiayaan 100% yang disertakan kos sampingan seperti yuran guaman, duti setem dan sebagainya. Tak pening kepala lepas ni!
  3. Bila mohon HouzKEY ni, korang boleh lock harga hartanah tu dengan cara duduk dulu (minimum 12 bulan) dan beli kemudian pada harga yang korang dah lock tadi!
  4. Bayaran yang cepat dengan HouzKEY, dari situ boleh kuatkan profil kredit korang!

Tak perlu risau mengenai bayaran, korang hanya perlu bayar 1% sebelum pindah masuk

Bila permohonan HouzKEY dah lulus, korang kena selesaikan tiga (3) bulan deposit yang akan dipulangkan bila perjanjian pajakan ditamatkan. Kemudian, baru korang boleh masuk rumah yang dipersetujui tadi.

Tapi, kalau korang ada masalah kewangan sepanjang tempoh pajakan atau berlaku kerosakan pada rumah dan sebagainya, barulah duit deposit tu akan ditolak mengikut kadar sepatutnya.

Pelan patuh syariah

Satu lagi yang admin nak highlight pasal HouzKEY ni, ia adalah pelan patuh syariah. Untuk pengetahuan, produk ini patuh syariah Ijarah Muntahiyah Bi Tamlik iaitu kontrak sewa yang berakhir dengan pemilikan.

Sebagai pemajak, pemohon mempunyai pilihan untuk membeli hartanah daripada Maybank Islamic Berhad (“Bank”), pada harga belian yang dipersetujui selepas 12 bulan tempoh pajakan.

Teliti syarat kelayakan sebelum memohon

Alhamdulillah, sekarang kita dah tahu yang pelan HouzKEY ni patuh syariah, bolehlah kita teruskan dengan pendaftaran kan? Eh, tapi sebelum tu apa antara syarat kelayakan untuk memohon pelan HouzKEY ni?

  1. Korang mestilah WARGANEGARA Malaysia
  2. Umur pemohon dan penjamin mestilah antara 18 hingga 70 tahun pada tarikh permohonan
  3. Pemohon mestilah TIDAK mempunyai lebih daripada satu (1) pembiayaan perumahan pada tempoh permohonan
  4. Boleh senaraikan sehingga 3 penjamin dan mereka mestilah di kalangan ahli keluarga pemohon saja (contohnya: pasangan, ibu bapa, adik-beradik dan anak-anak)

Pilih cara permohonan ikut keselesaan

Korang dah memenuhi syarat kelayakan untuk memohon HouzKEY? Bagus… Sekarang, jom kita terus ke langkah-langkah untuk memohon HouzKEY!

Macam admin cakap tadi, HouzKEY menawarkan hartanah yang ditawarkan pemaju terkenal.

HouzKEY (hartanah yang ditawarkan pemaju)

  1. Daftar di www.maybank2own.com
  2. Kunjungi galeri jualan
  3. Pilih unit yang digemari dan hantar borang permohonan berserta dokumen berkaitan
  4. Tunggu sampai permohonan diluluskan!

Terdapat pelbagai jenis rumah sama ada yang baru dilancarkan atau sudah siap di Lembah Klang, Johor & Pulau Pinang boleh dipilih seperti teres, bertingkat dan sebagainya.

Untuk senarai penuh dan mendaftar rumah kegemaran korang, layari www.maybank2own.com.

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari www.maybank2own.com, emel ke [email protected] atau call 03-2070 8833 (ext 11612).

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×