Seorang lelaki bersama rakan-rakannya berdepan satu detik cemas dan seram apabila aplikasi Waze memberi jalan yang lain daripada kebiasaan ketika mereka mahu pulang ke ibu kota, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: ‘Mana Ada Orang Tinggal Dalam Hutan Tu….’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…
Artikel Berkaitan: Konon Dapat ‘Petunjuk’ Kena Kahwin Dengan Gadis 19 Tahun, Lelaki Tak Berganjak Tunggu Depan Pagar Rumah
Pengalaman seram
Kisah seram ini dikongsikan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Firdaus Hakimi menerusi satu video di laman TikTok. Kisahnya bermula apabila mereka menuju ke Gombak, bagi menikmati menu bingsu sebelum pulang menggunakan aplikasi Waze. Bagaimanapun, aplikasi tersebut membawa mereka ke satu jalan yang sunyi dan gelap.
Pergi Gombak nak makan Bingsu je, balik dari sana jadi macam ini. Akak Orang Asli yang tolong kitaorang tu cakap dah selalu orang kena dekat situ.
Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut memperincikan keadaan jalan tersebut yang berbukit-bukit dan mereka sama sekali tidak boleh untuk berpatah balik. Apa yang lebih mengejutkan, apabila secara tiba-tiba terdapat objek yang dipercayai jatuh di atas bumbung kereta berkenaan.
Atas kereta ada benda hentak. Tepi-tepi tu gaung.
Detik cemas itu akhirnya berakhir apabila mereka sampai di hujung jalan dan terjumpa perkampungan Orang Asli.
Diorang tolong bawa kitaorang keluar dari sini. Masa ini perasaan tu memang mengucap je mampu. Scary nak mam**s. Bumper kereta memang hancur guys. Alhamdulillah lepas 1 jam 10 minit, kitaorang nampak dah jalan besar.
Video penuh:
@frds.hakimiPegi gombak nk makan bingsu je ?, balik dari sana jadi camni. Akak orang asli yg tolong ktrng tu ckp dah selalu org “kene” kt situ ? #bahanamulut? Scary Music – Sinister Cellar – John Murray
Sumber: Firdaus Hakimi