berita

‘Seseorang Tidak Bersalah Selagi Tidak Dibuktikan’ – Rosmah Mohon Layanan Baik, Harap Siasatan Cepat Berakhir

May 21st, 2018 | by faris
Kini Trending

Sehari sebelum umat Islam menyambut Ramadan, pihak polis menyerbu kediaman Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan siasatan kes pengubahan wang haram. Apa yang menyayat hati, tersebar gambar pasangan bekas perdana menteri itu tertidur di atas sofa manakala Datin Seri Rosmah Mansor lena di kerusi bertentangan.

Rosmah kini dilaporkan boleh menarik nafas lega dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.

Tak minta perkara ini berlaku

Rosmah yang juga pencetus idea Permata Negara itu mengatakan, dia kini boleh tidur lena sekarang. Tambahnya, apa yang berlaku perlu didepani dan dia tidak ada masalah dengannya walaupun segala yang datang tidak pernah dipinta.

Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi dan saya tidak mempunyai masalah dengannya. Saya tidak minta perkara ini berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik apabila kini saya boleh melakukan segala apa yang saya mahu lakukan.

Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka.

Saya tak kisah, saya ok

Meskipun suaminya Najib terpaksa menanggung kekalahan dalam pilihanraya umum lalu, Rosmah berkata, dia tidak menyimpan dendam terhadap mereka yang berpaling tadah dengan suaminya itu.

Perkara ini normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan.

Saya tidak kisah. Saya OK. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan.

Boleh terima serbuan hingga awal pagi

Ujarnya lagi, siasatan yang dijalankan pihak polis dapat dilakukan dengan cepat selain meminta pihak berkuasa memberi layanan baik sebagai dan berperikemanusiaan.

Saya boleh terima semua serbuan yang dilakukan hingga awal pagi itu. Saya memahaminya.

Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×